Selepas Zamani, Hetty Sarlene Pula Kini Sakit

Selepas peserta GV musim kelima, Zamani hilang suara dan tidak menyanyi di atas pentas, seorang lagi peserta Gegar Vaganza musim kelima (GV5), iaitu Hetty Sarlene pula yang jatuh sakit.

Dikatakan penyanyi ini mengalami kehilangan suara dan kesihatan penyanyi berkenaan menjadi teruk sebaik sahaja pulang dari melawat adiknya yang baru bersalin di Singapura.

Perkara ini disamaikan oleh manager nya iaitu Nuryusnita Omar, yang menerangkan bahawa Hetty mengalami demam dan batuk-batuk yang teruk Jumaat lalu sehingga terpaksa mendapatkan rawatan doktor yang kemudian mengarahkannya untuk berehat.

Ini komen manager Hetty:

“Kesihatan Hetty belum pulih lagi dan suaranya masih tidak sempurna elok. Waktu nak pergi rehearsal minggu lalu pun kami perlu bantu dia dan papah kerana dia lemah sangat.

“Sekarang pun dia masih lemah tapi nampak semakin pulih. Harapnya kesihatan dia kembali elok mingu minggu ini. Apa pun kami hanya minta dia buat sebaik mungkin dan jangan paksa diri kalau tak mampu”

Menerusi media sosial Hetty Sarlene, penyanyi itu memuat naik foto dirinya yang sedang mendapatkan rawatan di sebuah klinik dan dan menulis lauahan hatinya.

Ini luahan Hetty Sarlene:

“Kadang-kadang orang tak faham situasi kita Yang sebenarnye. Malah ade Yang lontarkan kata-kata kesat pada Hetty. Negative vibes. It’s okay, Hetty dah maaf kan pun. Sakit itu penghapus dosa kita. Semoga allah swt melindungi kita semuanye. Sekali Lagi saya memohon maaf. Yang baik datang nya dari allah, dan Yang buruk datang dari Yang selainnye.. doakan semuanye berjalan dengan lancar ahad Ini. Amin yarabal alamin. Gambar Yang di ambik oleh manager saya Semasa saya Tak sihat. Thank you Kak @syurganur770 kerana memahami.”

Diruangan komen Hetty Sarlene menerima kata-kata semangat daripada para peminat yang mendoakan dirinya agar cepat sembuh dan kembali menggegarkan pentas GV musim kelima.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here