Pelakon sedang meningkat naik iaitu Hafeez Mikail terkejut setelah mendapati kesemua akaun media sosial miliknya hilang dalam sekelip mata.
Hafeez atau nama penuhnya iaitu Muhd Hafiz Muhd Zaki ketika dihubungi memberitahu, selain kehilangan akaun Instagram (IG) yang mempunyai kira-kira 476,000 pengikut, dia juga mendapati dua lagi akaun media sosial iaitu Facebook (FB) dan Twitter turut hilang begitu sahaja.
Ini komen pelakon utama filem Busker ini:
“Saya mula sedar akan hal ini pada Selasa lalu setelah melihat gambar profil IG peribadi saya tiba-tiba kosong sedangkan tidak melakukan sebarang perubahan.
“Menyedari permasalahan tersebut, saya cuba memperbetulkan keadaan dengan menekan butang log-out dan log-in kembali.
“Bagaimanapun, cubaan untuk log-in semula gagal walaupun saya yakin, username dan password yang dimasukkan adalah betul,”
Selain Instagram, Hafeez Mikail juga kehilangan akaun Facebook, Twitter dan akaun e-mel.
Sebaik usahanya yang berulang kali tidak mendatangkan hasil, Hafeez Mikail kemudian mencuba untuk membuka akaun FB dan Twitter.
Memang sedih sekali, Hafeez Mikail tak dapat berjaya mendaftar masuk kesemua akaun miliknya itu.
“Selepas IG, FB dan Twitter tak boleh dibuka, saya cari alternatif lain iaitu menggunakan alamat e-mel pula.
“Namun nasib masih tidak menyebelahi saya sementelah akaun e-mel juga tidak boleh dibuka,”
Pelakon berumur 27 tahun ini tidak berputus asa untuk mendapatkan kembali kesemua akaun media sosialnya terutama Instagram.
Kini dia baru sahaja mendaftar alamat e-mel yang baru sebagai langkah awal bagi ‘memulihkan’ keadaan berkenaan.
Hafeez yang merupakan bekas pramugara MAS ternyata sedih dan kecewa setelah semua akaun media sosial miliknya kena hack dengan pihak yang tak bertanggung jawab.
Sebelum ini, Ramona Zamzam turut menajdi mangsa dan akaun miliknya kini menjadi milik artis dari Turki.
Sumber– MHE TV