Kemenangan ke atas pasukan bola sepak Thailand merupakan antara hari yang paling membanggakan buat seluruh rakyat Malaysia.
Kini pasukan bola sepak negara telah berjaya melayakkan diri ke peringkat final Piala AFF Suzuki 2018 dan bakal menentang Vietnam.
untuk kempen AFF Suzuki Cuop kali ini, kapten skuad Harimau Malaysia yang mengepalai pemain lain ialah Zaquan Adha Radzak yang juga suami kepada pelakon popular Ayu Raudhah.
Oleh itu, setelah menang, Zaquan Adha telah menzahirkan ucapan terima kasih buat ibu dan isterinya, pelakon Ayu Raudhah di atas sokongan mereka selama ini.
Ini komen Zaquan Adha setelah menang ke atas Thailand:
“Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada mak tanpa doa mak sesuatu kejayaan itu tidak dapat diperolehi. Dan juga untuk isteri saya yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya, dari awal jatuh bangun saya, hanya isteri saya yang tahu”
Kemudian, Zaquan telah mengulas tentang aksi ketika berlawan dengan Thailand, dan kembar kepada Aidil Zafuan ini telah menyifatkan sumber kekuatan utama pasukan Malaysia berjaya melangkah ke aksi final adalah sokongan yang tidak terhingga daripada penyokong bola sepak negara dan rakyat Malaysia.
“Kepada seluruh penyokong bola sepak dan rakyat Malaysia, kami terus mengharapkan sokongan daripada anda pada final nanti jika stadium penuh dibanjiri seluruh rakyat Malaysia, ia memberi semangat untuk kami terus berjuang dalam bola sepak untuk final kali ini, pasukan kami tidak kuat tanpa sokongan rakyat Malaysia.
“Alhamdulillah saya rasa satu rezeki untuk pasukan malaysia dalam situasi yang amat menggetirkan malam tadi kita hampir tewas pada saat akhir, tapi untuk kami kalau rezeki itu tak ke mana, bagaimanapun misi itu masih belum habis, kita masih ada misi untuk kejar di final nanti,”.
Good luck buat pasukan Malaysia dan Zaquan Adha dalam perlawanan final minggu depan melawan Vietnam.