“Selepas bincang dengan pihak pengurusan akhirnya saya putuskan untuk singkir Shuib” – Siti Sarah

Siti Sarah mendedahkan dia terpaksa menyingkirkan suaminya sendiri iaitu pelawak Shuib dari kumpulan Sepahtu untuk tampil dalam klip video muzik lagu terbarunya berjudul Semakin.

Sebelum ini nama Shuib itu turut berada dalam senarai antara pilihan peminat untuk tampil dalam video muzik terbabit.

Kata Sarah, nama Shuib Sepahtu memberi saingan sengit kepada tiga calon pilihan peminat iaitu pelakon popular Remy Ishak, Zul Ariffin dan Fikri Ibrahim tetapi terpaksa menggugurkan nama suaminya itu.

Ini penjelasan dari Siti Sarah:

“Selepas berbincang dengan pihak pengurusan akhirnya saya putuskan untuk menyingkirkan Shuib dari senarai terakhir.

“Shuib juga komposer lagu Semakin dan sebagai artis, saya juga mahu bekerjasama dengan artis lain untuk klip video muzik single terbaru ini dan Shuib juga menghormati keputusan ini.”

Tentang calon pelakon, Siti Sarah berkata, pihaknya sudah menghubungi tiga pelakon popular pilihan peminat terbabit untuk disenarai pendek.

“Sebagai mana yang kita tahu, Remy Ishak memang menjadi pilihan peminat kerana namanya kini meletup dalam drama Pujaan Hati Kanda di Slot Akasia TV3 dan Lelaki Kiriman Tuhan.

“Manakala, Fikri pula meniti di bibir peminat dalam drama Cokelat Honey.

“Selepas pemilihan pelakon dibuat, pihak kami memulakan penggambaran klip video muzik Semakin.

“Nama pelakon yang dipilih pula akan di rahsiakan terlebih dulu sehingga majlis pelancaran klip video muzik ini nanti,”

Sebelum ini, Siti Sarah ada membuat pencarian pelakon lelaki untuk memilih pelakon untuk beraksi dalam Klip video muzik untuk singlenya, Semakin.

Siti Sarah turut dibantu oleh suaminya Shuib untuk meninjau pendapat peminat mereka melalui laman Instagram.

Antara pilihan dari peminat adalah Remy Ishak, Fikry Ibrahim dan Zul Ariffin.

Klip video lirik untuk lagu Semakin nyanyian Siti Sarah sudah mencecah lebih 10 juta tontonan di YouTube.

Memang ramai yang ternanti untuk menonton video klip muzik video rasmi lagu berkenaan.

Sumber: Budiey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here