Selepas Beli Barang Pastikan Mandi dulu.. Elakkan Sentuh orang Lain – KKM

0
1317

 

Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan garis panduan kepada orang ramai yang keluar membeli barangan keperluan dan makanan untuk seisi rumah.

Panduan ini dikeluarkan supaya orang ramai lebih berhati hati selain mengurangkan risiko jangkitan wabak COVID-19. 

Antara langkah-langkah yang perlu diambil:

  1. Buka topeng muka, masukkan ke dalam plastik dan buang ke dalam tong sampah.
  2. Elakkan menyentuh, memeluk anak dan ahli keluarga.
  3. Pergi ke tandas buka pakaian dan rendam di dalam sabun.
  4. Mandi dengan sabun. Bersihkan muka, tangan dan seluruh tubuh.
  5. Baru bertemu keluarga.

Bagi mereka yang baru saja balik dari membeli belah di pasaraya, mereka perlu membuka topeng muka, merendamkan baju dengan sabun dan terus mandi sebelum bersentuhan dengan ahli keluarga yang lain.

Garis panduan ini dikeluarkan oleh KKM selepas kerajaan membuat pengumuman hanya seorang saja dari ahli keluarga yang dibenarkan keluar membeli barangan keperluan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here