Selepas 4 bulan bernikah, Elfira Loy umum kini hamil anak pertama.. TAHNIAH!

Selepas empat bulan mendirikan rumah tangga dengan suaminya Faris, pelakon popular Elfira Loy kini mengumumkan berita gembira apabila dia kini sedang berbadan dua.

Elfira Loy bersyukur doa untuk dikurniakan cahaya mata telahpun dimakbulkan oleh Allah.

Ini komennya:

“Alhamdulillah kalau orang tanya, saya beritahu sahaja. Saya baru sahaja check-up dan doktor beritahu bayi pun sihat.

“Saya gembira dengan kehamilan ini sebab sekarang kita dengar banyak sangat kes wanita yang nak mendapatkan cahaya mata.

“Saya tak sangka rezeki saya datang awal. Cepat sangat sebab saya baru kahwin empat bulan,”

Elfira Loy di saat ini masih belum mahu menjelaskan lebih lanjut tentang kandungannya dan enggan memberitahu usia kandungannya itu.

Pasangan ini juga berharap agar para peminat dapat doakan yang terbaik buat dirinya.

Ini komennya lagi:

“Bila dapat tahu rezeki ini datang, saya rasa ia salah satu doa saya yang dimakbulkan.

“Saya harap peminat dapat terus mendoakan sebagaimana mereka selalu mendoakan saya sebelum ini,” katanya.

Tentang keadaan terkini dirinya, Elfira berkata dia tidak mengalami sebarang alahan sepanjang kehamilannya ini, buat masa ini.

“Alahan itu tiada. Mungkin sebab awalnya saya pun tak tahu saya mengandung. Saya dapat tahu hamil pun apabila sudah lama tak datang bulan.

“Saya ada buat beberapa ujian tapi susah nak percaya. Tapi bila dah lama baru saya pergi ke klinik dan doktor mengesahkan saya hamil,” katanya.

Elfira juga berkata dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon demi memberi perhatian terhadap kandungan pertamanya itu.

“Ia cabaran paling kuat kerana masa trimester pertama saya menjalani dua penggambaran drama dan telefilem.

“Selepas ini saya mungkin tak dapat menjalani penggambaran sebab saya dah cuba tapi memang badan tidak larat.

“Bila ada nyawa lain dalam diri saya, terpaksa memberi lebih perhatian lebih-lebih lagi ia adalah pengalaman pertama saya hamil,”

Diimbas kembali, Elfira disatukan dengan Faris Khairol Anwar, 24, pada 1 Januari 2019. Tahniah diucapkan buat pasangan ini.

Sumber: MStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here