Selena Gomez umum kahwini pelakon 68 tahun, Bill Murray

Selena Gomez telah membuat ramai terkejut apabila membuat pengumuman menyatakan kononnya yang dia akan menamatkan zaman bujangnya bersama pelakon berusia 68 tahun, iaitu Bill Murray.

Ini komen Selena:

“My first time in Cannes! I’m so honored to have been a part of this movie with Jim and the whole cast.
By the way Bill Murray and I are getting married.”

“Ini adalah pertama kali saya menghadiri festival Filem Cannes dan saya sangat terharu kerana dapat menjadi sebahagian daripada filem bersama Jim dan juga kru yang terlibat, dan ya saya akan berkahwin dengan Bill,”

Selena yang memuatnaik beberapa keping gambar ketika menghadiri Festival Filem Cannes 2019 dan menyatakan dia akan berkahwin dengan Bill Murray, 68.

Ramai peminat teruja dengan berita gembira tersebut dan mendoakan Selena yang terbaik!

Bagaimanapun, Selena, 26, yang mula dikenali melalui sitkom terbitan Disney, Wizards of Waverly Place itu hanya membiarkan peminatnya tertanya-tanya mengenai kenyataan tersebut.

Adakag ianya satu gurauan atau adakah mereka benar-benar bercinta?

Dalam pada itu, sebelum ini mereka berdua ada berlakon bersama dalam filem yang akan ditayangkan iaitu The Dead Don’t Die.

Imbas semula Selena Gomez sebelum ii pernah bersama dengan penyanyi Justin Bieber.

Bill Murray merupakan pelakon gred A di Hollywood dan sememang berstatus legenda. Antara filem terhebatnya ialah Ghostbusters, Groundhog Day dan Lost in Translation.

Sumber: Ig Selena Gomez

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here