Selamat Tanpa Cedera, Lelaki Misteri Datang Membantu

Kisah seorang lelaki yang tular di media sosial apabila dia terselamat dalam nahas kemalangan jalan raya yang menunjukan kenderaan miliknya yang remuk teruk seperti dilenyek selamat.

Dia yang seakan tidak percaya seolah-olah seperti ‘mati hidup semula’. Individu yang dikenali sebagai Iman itu telah berkongsi kisahnya. Dikatakan dia dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Putrajaya.

Kejadian itu berlaku lebih kurang jam 7 pagi itu. Jelas pemuda itu lagi disebabkan kerja yang menuntut dirinya yang harus memandu kereta dan selalu tidak mendapat tidur yang cukup.

Iman tidak memberitahu bila kemalangan tersebut terjadi namun ini ceritanya:

“Hari-hari tak cukup tidur. Tapi Allah anugerahkan aku mata tahan lama, syukur. Selama ini aku memandu selamba je takda hal punya tapi satu hari ni aku rasa lain sikit.

“Aku tak fikir negatif lagi masa tu, sampai la satu selekoh ni aku rasa lain macam… mata aku terlelap. Aku buka je mata kereta aku hancur, total lost!”

“Masa aku sedar kereta aku dah hancur memang tak boleh buat apa. Cermin depan dan belakang pecah, aku tak pakai seat belt… nasib tak tercampak. 

“Aku keluar dari kereta duduk termenung bercangkung kat luar tengok kereta. Lama termenung seorang dekat dua jam… pelik masa tu tak ada seorang pun yang berhenti,”

“Dia terkejut sebab aku tak cedera tapi kereta macam kena lenyek dengan tanker askar. (Aku cakap) ‘Kuasa Allah ni bang. Dia bagi saya peluang lagi nak banggakan mak bapa saya’.

“Padahal menggeletar satu badan ni sebab takut. Dalam kepala asyik fikir je ‘aku ni hidup ke mati’. Sampai macam tu sekali aku fikir sebab tak ada siapa nampak aku, cuma hamba Allah ni je,”

Disebabkan terlelap atau micro sleep, kereta Kancil warna putih Iman telah terbabas ke tepi jalan serta nyaris merempuh pokok manakala bahagian hadapan kancilnya remuk teruk.

Iman masih bingung memikirkan bagaimana dia boleh mengelak daripada terlanggar pokok tersebut dan tidak tercampak keluar kerana dia tidak memakai tali pinggang keledar.

Lebih menghairan lagi, dia sudah sedaya upaya meminta bantuan dengan menahan kereta yang lalu lalang tapi tiada siapa yang berhenti menolongnya.

Sehinggalah ada seorang lelaki muncul dan meminjamkan telefon untuk dia menelefon abangnya dengan memberitahu dia telah mengalami kemalangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here