Selamat Bertunang Zara Zya Bakal Nikah Tahun Depan

Umum sudah mengetahui akan status hubungan cinta di antara pelakon Hafreez Adam dan Zara Zya sebelum ini.

Semalam, dikhabarkan menerusi laman IG Zara Zya sendiri mereka berdua sudah selamat mengikat tali pertunangan yang diadakan dalam satu majlis tertutup di Kuang, Sungai Buloh semalam.

Pihak Hafreez telah memberi lima dulang hantaran, berbalas tujuh daripada pihak Zara Zya.

Pasangan ini sangat cantik mengenakan busana pakaian tradisional serba putih dan kelihatan sangat cocok sekali.

Megikut maklumat yang diberikan, Hafreez Adam dan Zara Zya akan bertunang selama setahun sebelum mengikat hubungan sebagai suami isteri yang dijangka dilakukan pada Oktober tahun depan sekaligu dengan sambutan hari jadi pelakon cantik itu.

Disebabkan majlis pertunangan mereka itu diadakan secara tertup kerana atas faktor keluarga, Zara Zya memohon maaf kerana tidak memberi tahu media akan hal tersebut.

Komen Zara Zya lagi :

“Assalamualaikum semua. Seperti yang semua sedia maklum, semalam Abe & Inchess dah selamat bertunang”.

“Minta maaf kerana tidak memaklumkan lebih awal kepada semua. Seperti yang kita tahu, adalah lebih baik untuk merahsiakan pertunangan, hebahkan perkahwinan”.

“But in our situation, kami cuma mahu berkongsi berita gembira ni, untuk mereka yang tak henti-henti mendoakan yang terbaik untuk kami.,”

“Kami tak mengharapkan apa-apa melainkan doa yang baik-baik dari semua. Kepada sesiapa yang tersinggung, saya sebagai wakil pihak saya dan Adam, memohon maaf kepada semua”.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat untuk majlis semalam. Kami hargai sangat-sangat dengan kerjasama dari semua pihak. Last but not least, #ZaraAdamPunya,”

Tahniah diucapkan buat Zara Zya dan Hafreez Adam! Semoga ikatan pertunangan mereka sampai ke jingjang pelamin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here