Sedihnya keadaan Yazit Search.. ramai sayu melihatnya

Ramai yang meluahkan rasa sedih dan sayu melihat keadaan pemain drum dari kumpulan legenda iaitu Search. Siapa lagi jikalau bukan abang Yazit yang kini dalam keadaan tak berapa nak sihat.

Melalui satu perkongsian oleh Mamat Sepah, ada sekeping gambar terkini Yazit yang membuatkan ramai sebak melihatnya.

Ini perkongsian Mamat:

“Dlm keadaan hati yg sedih, tetiba terlihat gambar seseorg yang macam pernah di kenali,mngkin pd zaman ini ramai yg xbrapa nk knal,tp pd aku dia tetap diknali sepanjang zaman..rsa nya rata2 tau melodi lagu isabella dri kumpulan search, tp kite akn lebih cenderung pd vokalisnya, tak di nafikan memang vokalisnya hebat..tapi cuba kita dgr kan pula ketukan drum dri lagu isabella tu pulak?? Sape yg pukul drum tu???

“Yeee org tua dlm gambar tu la yg memainkan drum utk lagu isabella dan lagu2 search di dlm album2 search..tatkala dimamah usia ni pelbagai dugaan melanda abg yazit ahmad, mnggu lpas sya jmpe beliau, beliau msih mampu tersenyum walaupun aku nmpak seribu satu cerita di sebalik senyuman itu,tp siapalah aku utk menyelongkar cerita beliau???

“Aku salam beliau dan trus berlalu pergi..esok pagi juga dia wasap aku dgn kata “Salam mamat? Terima kasih daun keladi????”… aku tak jwb ape2 pn sbb aku rsa dia lg byk berbudi pd aku, dari kecil smpi ke besar kamu telah hiburkan aku dengan lagu2 dri kumpulan kamu.. sepatutnya aku yg kena ucapkan trima ksih pd kamu..tapi aku rsa msih blm ckup utk ucapan tu jika aku tidak mngajak teman2 aku utk mmbantu beliau yg sedang dilanda seribu satu natijah di dlm hidup beliau..

“Beliau menghidap pnyakit buah pinggang, manakala anak lelaki beliau mnghidap pnyakit jantung dan memerlukan kos sehingga rm40k.. apakata kite hulurkan bantuan sorg rm10 kepada beliau untuk meringankan beban abg yazit sekeluarga.. smoga allah permudahkan urusan beliau dan kita sekeluarga…ameen.. YAZIT AHMAD acc no mybank 014271219687”

Perkongsian dari Mamat Sepah ini telah viral dan sesiapa yang nak bantu, bolehlah lihat detail akaun bank seperti di atas. Semoga abang Yazit kembali sihat dan sentiasa kuatkan diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here