Pengacara popular tanah air, Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih mesra disapa dengan nama Pak Nil telah meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang mempersendakan koleksi baju Melayu keluarannya.
Tahun ini, Pak Nil telah mengeluarkan koleksi baju Melayu yang dihasilkannya bersama pereka fesyen Razman Razmi.
Menerusi satu entri di Instagram miliknya, Pak Nil telah menjelaskan koleksi baju Melayu dihasilkan bersama samping dan bengkung warna sedondon itu diilhamkan daripada penghibur terkenal, Datuk Sudirman Arshad.
Ini perkongsian dari Pak Nil tentang hal berkenaan:
“Sedih jugalah bila orang persendakan, samping sedondon tu #paknil bagi percuma aje untuk mengenang idola #paknil, Allahyarham Sudir.
“Yang tak nak pakai samping tu masih boleh gunakan samping songket biasa.
“Paknil hadiahkan jugaklah samping songket supaya pemilik baju melayu ini ada pilihan.
“Settlekan? Orang baling batu, Paknil baling bunga. So, no problem,”
Menerusi ruangan komen dari netizen, rata-rata followernya berharap agar Pak Nil tidak mengambil pusing mengenai kritikan yang diberikan oleh netizen dan memuji tindakan beraninya mengembalikan koleksi yang pernah digayakan oleh Sudirman.
Sebelum ini, koleksi baju Melayu yang dihasilkan oleh Aznil Hj Nawawi diberi nama Raznil, telah mendapat kritikan dari orang ramai dan ada yang menghasilkan karikatur seakan mempersendakan koleksi pakaian baju raya yang unik itu.
Sumber: Gempak