“Sebenarnya saya tak lupa lirik, tapi…” – Zamani buat penjelasan

Penyanyi yang juga peserta GV5 iaitu Zamani dari kumpulan Slam menjadi tumpuan apabila persembahan pertamanya dilihat seperti terlupa lirik dan gagal memikat juri.

Namun Zamani tampil memberi penjelasan dan menafikan kegagalan menyanyi di pusingan pertama Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza musim kelima (GV5) adalah kerana dia terlupa lirik.

Sebaliknya, Zamani mendedahkan bahawa dia gagal mendengar alat pendengaran atau ‘earpiece’ ketika hendak menyanyi lagu Dekat Padamu nyanyian asal Yusry KRU.

Namun Zamani tidak menyalahkan masalah seratus peratus teknikal dan akui dirinya juga ada salah.

Ini antara komen Zamani:

“Masalah sebenar saya sendiri tak dapat pastikan. Saya masih lagi menunggu post mortem untuk konsert ini. Apa yang boleh saya katakan, saya tak dengar apa-apa dari ‘earpiece’ ketika itu.”

“Jadi saya tidak tahu bila nak masuk nyanyian. Saya tak boleh nak agak bila nak masuk kerana saya tidak mendengar apa-apa dari earpiece saya. Saya tak mahu salahkan sesiapa termasuk pihak produksi sebaliknya saya anggap ia salah saya sendiri”

“Selepas persembahan pertama, saya dah ‘give up’ kerana malu… Tapi saya fikir saya ada peluang kedua, jadi saya pun cuba sehabis baik.

“Saya bersyukur kerana minggu ini kami diberikan tugasan untuk menyanyi dua buah lagu. Jadi, jumlah markah itu datang dari dua persembahan”

“Lagu yang kedua saya nak buat yang betul-betul, jadi apabila ada mistake saya memang buat sesuatu”

“Bila Tok Ram tak nak komen, saya paham. Bila kita practise semua okey, bila persembahan betul jadi macam tu, jadi saya faham Tok Ram tak komen.”

#MHLive Jom dengarkan apa kata Zamani pula

Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, 11 November 2018

Peserta yang berjaya ke peringkat akhir adalah Zamani, Noryn Aziz, Amelina, Dia Fadila, Maya Ruslee dan kumpulan duo Billy Zulkarnain.

Sementara itu, Hetty Sarlene dan Kumpulan Forteen diumumkan tersingkir dan gagal ke peringkat akhir.

Sumber: Media Hiburan / Astro Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here