Sebelum popular, sebak lihat kehidupan keluarga Mark Adam di Filipina yang daif, kini semuanya berubah

Mark Adam, seorang selebriti yang amat serba boleh. Selain menyanyi, Mark Adam juga boleh berlakon, dan juga boleh melawak.

Selebriti kelahiran Filipina ini kini berjaya mencipta nama di industri hiburan Malaysia.

Isteri Mark Adam, Norazah Redzuan adalah individu yang merupakan tulang belakang kejayaan Mark Adam selama ini.

Norazah bukan sahaja telah telah membantu Mark Adam berjaya, malahan Norazah juga telah meringankan beban keluarga Mark Adam terutamanya ibu mertuanya sendiri.

Perkahwinan mereka tidak menjadi penghalang kepada hubungan keakraban antara Norazah dan ibu mertuanya walaupun berbeza agama dan budaya.

Norazah atau lebih dikenali sebagai Ezan berkongsikan kejayaan yang dikecapi oleh Mark Adam bersama keluarga mertua. Ezan telah banyak membantu keluarga Mark keluar dari belenggu kemiskinan.

Ini komen dari isteri Mark Adam:

PENGALAMAN DENGAN IBU MARK ADAM

“Mula-mula kahwin dengan Mark, kekok jugalah nak berbual dengan ibu mertua yang tak fasih berbahasa Inggeris. Nasib baiklah saya boleh bertutur dalam bahasa mereka. Itu yang kami mudah mesra,”

“Kalau balik ke Filipina, layanan yang diberikan ibu mertua sangat baik. Saya dimanjakan seperti anaknya sendiri. Pagi-pagi ibu mertua dah siapkan sarapan termasuk membasuh pakaian saya walau saya tak pernah minta pun. Semuanya dia buat sendiri.

“Masakan mak mertua yang paling saya suka ialah udang masak bawang putih. Seterusnya chicken adubo, kalau di sini kita panggil ayam masak kicap. Ada juga menu singgang, rasa dan cara masaknya lebih kurang sama macam kita. Lagi satu, terung yang dibakar atas api kemudian disiat kulitnya. Isi terung dicelup ke dalam telur lalu digoreng. Nampak simple tapi rasanya sangat sedap!”

BANTU KELUARGA MARK ADAM DI FILIPINA YANG DAIF

“Sebab utama saya nak sangat bantu keluarga Mark ialah dari diri saya sendiri. Waktu pertama kali ke Filipina saya lihat kehidupan keluarga Mark sangat daif. Ahli keluarganya ramai, rumah pula sempit. Makan nasi hanya berlaukkan ikan masin.

“Seumur hidup mereka tak pernah merasa tidur di katil, hanya beralaskan tilam nipis. Saya rasa sangat sebak dan terfikir kenapa macam tu sekali keadaannya. Ia buat saya insaf. Bermula saat tu saya niat untuk bantu keluarga Mark.

CARI RUMAH BARU

“Saya dan Mark mencari rumah lain yang lebih besar dan selesa buat keluarganya. Walaupun cuma rumah sewa tapi selesa. Saya belikan katil, sofa, barang makanan dan sebagainya. Pun begitu, mereka tak pernah merungut. Sebaliknya tetap gembira dan bahagia seperti tiada masalah.

“Saya tahu Mark bekerja keras selama ini pun kerana mahu mengubah nasib keluarga agar menjadi lebih baik seperti mana hasrat bapanya sebelum meninggal dunia,”

Semoga Mark Adam dan Norazah terus berjaya.

Sumber: NONA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here