‘Sebaiknya Kalian Bernikah Sahaja’ – PU Syed

Disebabkan berberapa gambar yang menunjukan aksi terlajak mesra bermandi manda di antara pelakon Zul Ariffin yang  sedang peluk dan angkat Intan Najuwa telah ditegur Pencetus Ummah (PU) Syed.

Pencetus Umah ini telah menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh kedua-dua seleberiti ini adalah sangat bertentangan dengan syarak dan lebih bagus sekiranya mereka menghalalkan hubungan dengan bernikah.

Ini antara teguran yang diberikan oleh Pencetus Umah (PU) Syed terhadap Intan dan Zul Ariffin:

“Teguran terbuka buat Zul Ariffin dan Intan Najuwa, tersebar gambar kalian berdua berpelukkan seakan suami isteri di dalam air. Ambe (saya) tak mahu kongsikan gambar tersebut kerana ianya sangat tidak senonoh walau apa jua alasan.

“Sebaiknya kalian bernikah sahaja  dan sudah pasti boleh lakukan apa sahaja secara halal namun tetap ada batasannya. Sebagai seorang Muslim, syarak ada menetapkan sesuatu yang halal dan haram apatah lagi kita semua mengatakan takut dihumban ke neraka dan inginkan masuk ke syurga.

“Namun kita lakukan perkara yang sebaliknya, seolah-olah teringin benar ke neraka. Adakah terlalu murah perintah dan larangan Allah ini sehingga kalian berani melanggarnya? fikir-fikirkanlah!”

“Ambe (saya) rasa perlu Menteri Agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu membuat satu garis panduan.

“Bahkan menggubal undang-undang khas membendung artis-artis yang menunjukkan gaya kehidupan yang negatif ini agar kembali kepada landasan yang sebenar. 

“Takzir (hukuman) sangat baik ke atas mereka #AdeAmbeTakut,”

Beliau telah menegur kedua-dua pasangan hero dan heroin drama Setelak Ku Miliki itu  secara terbuka itu menerusi laman sosial Instagram miliknya pada Jumaat hari ini.

Akibat tersebarnya gambar yang dengan aksi keterlaluan itu telah pun menimbulkan pelbagai reaksi kecaman netizen yang berpendapat bahawa aksi tersebut tidak wajar bagi wanita yang sudah pun bertunang.

Dalam pada masa yang sama, PU Syed juga menyeru agar pihak berwajib bagi mengeluarkan garis panduan yang wajib diikuti oleh golongan artis ini supaya tidak memaparkan aksi yang kurang sopan sebegitu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here