Sebab Bosan, Remaja Lari Ikut Suami Orang

Hanya kerna bosan serta mendakwa dikongkong ibu dan bapa tiri menyebabkan seorang remaja perempuan bertindak melarikan diri bersama kekasihnya yang juga suami orang sejak bulan Oktober lalu.

Remaja perempuan berusia 14 tahun telah ditemui polis dengan kekasihnya yang berusia 22 tahun di Kuala Lumpur, awal pagi semalam.

Pasangan kekasih tersebut telah dibawa pulang ke Pulau Pinang hari ini.

Teman lelaki kepada remaja perempuan tersebut juga direman untuk siasatan manakala remaja tersebut diarahakan menjalani pemeriksaan di hospital.

Mengikut rekod pada 31 Oktober ibu kepada remaja perempuan tersebut telah tampil membuat laporan polis selepas anak perempuanya tidak pulang ke rumah.

Menurut laporannya, ibu yang berusia 39 tahun telah berkata anaknya keluar dari rumah jam 2.30 petang 30 Oktober dan memberitahu bahawa dia mahu membeli makanan.

Namun, anaknya masih lagi tidak balik ke rumah sehingga keesokan harinya dan wanita itu kemudian telah tampil membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatan anaknya.

Susulan daripada laporan itu, polis telah melakukan siasatan dan merakam percakapan kawan kepada kekasih remaja perempuan tersebut yang memberitahu ada menemui pasangan itu pada 4 November lalu di Bukit Jambul, tetapi terputus hubungan selepas itu.

Pihak polis juga menemubual guru serta rakan sekelas dan mendapati remaja itu turut mempunyai masalah disiplin. Antara perbualan yang sempat direkodkan:

“Malah, remaja itu juga pernah memberitahu rakan sekelas yang dia mahu lari dari rumah kerana tidak tahan dengan sikap ibu serta bapa tiri yang suka mengongkong,”

“Ibu mangsa tidak memasukkan wang seperti diminta dan suspek kemudian menghubungi isterinya, Sabtu lalu, menggunakan telefon dipinjam daripada seorang lelaki di Kuala Lumpur.

“Isteri suspek memaklumkan kepada polis berhubung panggilan itu dan kedua-dua mereka berjaya dikesan ketika berada di Stesen LRT Masjid Jamek kira-kira jam 1 pagi, semalam,”

Teman lelaki remaja tersebut telah menghubungi ibu kepada remaja tersebut dengan menyuruh dia memasukan duit perbelanjaan buat mereka.

Dengan segera ibu mangsa terus ke balai polis dan membuat laporan pada 11 November. Selepas tidak dapat wang seperti yang diminta, lelaki tersebut telah menghubungi isterinya untuk meminta wang dan isterinya pula memaklumkan pada pihak polis tentang hal tersebut.

Menurut isteri suspek, mereka tidak mempunyai anak dan suaminya kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here