Hari ini gempar apabila majlis pernikahan antara dua selebriti dari Singapura iaitu Atikah Suhaime dan Awi Rafael yang sepatutnya berlangsung Ahad ini telah dibatalkan secara tiba-tiba di saat akhir.
Awi Rafael melalui satu kenyataan video di laman media sosial miliknya menegaskan bahawa dia dan keluarga telah menarik diri dan membatalkan perkahwinan di saat akhir.
Atikah Suhaime juga ada membuat kenyataan tentang hal ini dan yang terbaru, bapa kepada Atikah tampil memberi respon balas.
Menerusi ruang komen di laman sosial sebuah portal hiburan, bapa Atikah, Suhaime Jamali menegaskan bahawa pernikahan ini dibatalkan oleh pihaknya.
Tulisnya lagi, Awi rafael dikatakan tidak dapat menerima kenyataan lantas mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Ini komen bapa Atikah:
“Saya bapak Atikah Suhaime nak perbetulkan, majlis bukan Awi batalkan tapi saya yg batalkan.”
“Awi tak dpt terima bila saya batalkan majlis demi utk kebaikan masadepan anak saya.
“Yes dia n family tak boleh accept i do what i have to do this is for my daughter future.”
Itulah kenyataan dari ayah Atikah Suhaime tentang isu pembatalan majlis perkahwinan antara Awi rafael dan Atikah Suhaime.
Sebelum ini, netizen juga ada terkejut dan mempersoalkan tindakan Awi membuat kenyataan seperti itu di laman media sosial.
Ini videonya:
Kenyataan Rasmi: Awi Rafael Tarik Diri, Tak Jadi Kahwini Atikah Suhaime
Kenyataan Rasmi: Awi Rafael, Atikah Suhaime Tak Jadi Kahwin "Terlalu berat dugaan baru kali ini. Awi dan keluarga tarik diri. Awi minta maaf" – Awi Rafael
Posted by Rozita Che Wan & Zain Saidin on Wednesday, 13 March 2019
Ini pula luahan dari Atikah tentang isu pembatalan majlis pernikahannya dengan Awi Rafael:
“I have lost the music of my life. With a very heavy heart, I regret to inform you that our wedding this Sundat is cancelled.
“Awi and I have workded very hard, or perhaps I didn’t fight enough for our love. I thank Awi for taking care of me when I was his fiancé.
“You’re the best I can ever wish for. I hope we will remain close confidants like how we used to all these years. I thank his family for always being there for me. And also my family for being the greatest support.
“To those who have worked very hard to make our wedding a good one, I can’t thank you enough. Tapi taka da rezeki. Perhaps God has different plans for us. Its difficult for me to accept this. I though I could fix things at the last minute. But this is how it is,”
Apapun, diharapkan semuanya selesai dengan cara baik.
Sumber: mStar / Media Hiburan