“Saya tidak puas hati ..” Safawi Rasid Banyak Buat Silap

Pasukan Malaysia telah seri dengan jaringan 2-2 dalam aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil menentang Vietnam malam tadi.

Pemain Paling Bernilai (MVP) 2018 untuk Liga Malaysia iaitu Safawi Rasid telah menajringkan gol dari sepakan percuma dan ianya amat bernilai buat pasukan Harimau Malaya.

Namun, walaupun boleh dikatakan hero negara dan mendapat player of the match, Safawi Rasid berkata, skuadnya termasuk dirinya banyak melakukan kesalahan kecil sehingga memberi kelebihan untuk pasukan lawan mendapatkan gol lebih awal.

“Sejujurnya saya tidak puas hati dengan performance saya dan banyak lagi perlu baiki.. bagi saya bola itu bulat dan kita kena perlu prepare”

“Saya gembira sebab Malaysia dapat buat come back selepas ketinggalan 2-0. Namun pihak lawan berjaya mendapatkan gol lebih awal kerana kami hilang fokus.

“Perlawanan semalam memang sengit, mereka pantas. Kami pula banyak buat kesalahan kecil”

Ini video temubual Safawi Rasid: (mStar)

Pada aksi di gelanggang sendiri, Vietnam memperoleh dua gol berharga dan ianya berlaku dalam masa singkat menerusi Nguyen Huy Hung pada minit ke-22 dan Pham Duc Huy pada minit ke-25.

Skuad kendalian dari Tan Cheng Hoe bagaimanapun tidak berputus asa apabila berjaya merapatkan jurang menerusi Shahrul Saad berjaya menanduk masuk bola ke dalam gawang pada minit ke-36 berpunca daripada sepakan Syamer Kutty Abba.

Safawi Rasid telah menggembirakan 85,000 penyokong yang hadir apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-61 menerusi sepakan percuma yang cantik dari luar kotak penalti yang berjaya menewaskan penjaga gawang, Dang Van Lam.

Tambah Safawi Rasid lagi, pasukan negara perlu memperbaiki kelemahan dan mencari peluang untuk menjaringkan gol lebih awal dalam final kedua di Hanoi Sabtu ini.

Selain itu Safawi berkata, dia berharap pasukan negara tidak pulang sebagai naib juara sebaliknya membawa pulang Piala AFF Suzuki pulang ke tanah air.

“Saya harapkan pasukan dapat terus fokus. Perlawanan di Hanoi mungkin lebih sengit dengan penyokong mereka yang ramai… tekanan lebih tinggi.

“Paling penting dekat sana kita tak boleh ulangi kesalahan-kesalahan kecil,”

“Tak mustahil di Hanoi nanti kita cuba buat sesuatu yang boleh memerangkap mereka.

“Yang pasti kami tidak mahu pulang sebagai naib juara, kalau boleh nak bawa piala itu pulang ke Malaysia”

Malaysia akan menentang Vietnam atau lebih dikenali sebagai pasukan Naga Emas di Hanoi Sabtu ini bagi penentuan juara Piala AFF Suzuki 2018.

Untuk pengetahuan, kali terakhir Malaysia menjuarai kejohanan ini pada tahun 2010.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here