“Saya tidak bawa IC sebab..” jelas Sajat di mahkamah

Ahli perniagaan, Nur Sajat yang menjadi viral semalam kerana nama sebenarnya iaitu Muhammad Sajjad Kamaruzaman dikeluarkan pihak mahkamah, telah gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri termasuk kad pengenalannya (MyKad) ketika dipanggil mahkamah untuk dibacakan pertuduhan.

Saya tidak bawa IC (MyKad) sebab baru balik dari luar negara,” kata Sajat.

Walaubagaimanapun, prosiding tetap diteruskan apabila pihak pendakwa menyerahkan salinan kad pengenalan lelaki itu kepada mahkamah.

Sebelum itu, Nur Sajat yang kini sudah berumur 33 tahun, kelihatan mencari sesuatu di dalam beg tangannya ketika mahkamah memintanya mengeluarkan kad pengenalan.

Melalui laman Ig miliknya, Sajat dilihat sebelum ini telah pergi bercuti ke negara jiran iaitu Thailand termasuk menghadiri majlis Miss Universe.

Nur Sajat yang merupakan jutawan kosmetik popular tanah air, mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata GST, empat tahun lalu.

Hakim Rofiah Mohamad memerintahkan Nur Sajat, didenda RM2,700 dan dikenakan hukuman penjara enam minggu sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Sajat pernah popular denganm lagu nya bersama Dato Aliff Syukri iaitu Bobo Dimana dan juga Abang Nak Tegur.

Sumber berita dari- Sinar Harian

Ini video dari Utusan pula:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here