“Saya tewas. Cemuhan tak reti jaga anak” Bapa Emma Maembong Luah Perasaan Lagi… Sebak Membacanya

Ayah kepada Emma dan Chacha Maembong, iaitu Ismail Embong antara yang terpalit ekoran keputusan anaknya untuk menanggalkan tudung dan kembali free hair.

Sebelum ini, ada satu status dari Ismail Embong yang menjadi viral.

Ekoran itu, hari ini, satu lagi status ditulis oleh pelukis hebat ini yang mana meluahkan rasa hatinya.

Ini komen ayah kepada Emma Maembong:

“Berbagai reaksi serta cemuhan dilemparkan ekoran status terakhir: usah dihurai lagi tapi cukuplah saya butirkan fakta sebenar.

“Sejak menduda saya tinggal solo. Anak-anak datang jengok sesekali, tiap tahun (raya) berkumpul. Mereka sibuk dengan urusan masing-masing. Yang dah kawin tinggallah bersama famili mereka, saya tak ganggu, tak jengok. Tak akan pergi ke rumah mereka jika tidak dijemput suami masing-masing. Dan tidak pernah ada jemputan. Kawin semua tiada hantaran, saya anti hantaran. Saya tegaskan guna duit itu untuk fakir.

“Dua lagi yang belum kawin, yang berlakon, pun tidak tinggal sebumbung. Mereka lebih banyak bersama kakak-kakak yang sudah bersuami berbanding dengan ayah. Saya tak ambil pusing kerjaya mereka. Bila cuti mereka datang ajak ayah melancong.

“Memang sukar pantau anak perempuan yang meningkat dewasa. Lebih senang tugas itu kepada sang ibu. Ada perkara yang sukar diluahkan kepada bapa, senang pada ibu.

“Tika mereka berdua masih kecil, saya pernah lamar seorang kenalan lama untuk jadi ibu tiri, ditolaknya. Putus asa hingga sekarang.

“Kini anak-anak itu sudah dewasa dan mahu cari pasangan masing-masing tapi sukar kita berkomunikasi soal birds and bees. Rasanya lebih senang mereka berbisik pada seorang perempuan, seorang berstatus ibu pada mereka. Boleh ikut mereka ke lokasi shooting, boleh berbisik segala macam masalah dialami. Dan bila pulang bolehlah ibu tiri itu longgokkan pada saya keluhan si anak.

“Bisik masaalah kpd PA selalunya bocor. Disini saya tewas. Cemuhan tak reti jaga anak dari haters, telan aje. Memang terasa jua mahukan ibu tiri untuk mereka, mungkin ada jodoh diluar sana, antara beribu kenalan fb yg berstatus single, tapi saya ni jenis tak reti ngorat

Itulah status dari ayah kepada Emma Maembong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here