Hari ini, secara tiba-tiba ada berita tentang kononnya Rita Rudaini ada sedikit cemburu dengan Zahirah dan tak berpuas hati dengannya sehingga tak mahu bekerjasama dengan Zahirah MacWilson.
Rita Rudaini telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa itu semua cerita bohong semata-mata. Pelakon berkenaan juga pelik kerana ada beriota sepetrti itu keluara dan mengatakan ianya fitnah semata-mata.
Dalam pada itu, Zahira Macwilson turut memberi respon tentang hal ini. Pelakon jelita ini mengakui terkejut laporan berita mendakwa mempunyai masalah dengan pelakon Rita Rudaini.
Zahirah berkata, dia tak tahu perkara sebenar yang berlaku sehingga tercetusnya berita demikian.
“Saya terkejut dan tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku, saya tidak pernah jumpa dan bekerja dengan Rita Rudaini sebelum ini”
Zahirah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang laporan sebuah akhbar tentang pelakon Rita Rudaini yang terkilan apabila dituduh cemburui kerjaya aktres berkenaan. Menerusi laporan itu, Rita berkata, dia terkejut apabila dituduh tak amhu menjalinkan kerjasama dengan Zahirah bagi sebuah acara anugerah baru-baru ini.
Zahirah Macwilson turut berkata, dia masih lagi baru dalam industri ini dan tidak mahu menimbulkan masalah dengan mana-mana pihak.
“Saya baru tiga tahun dalam industri dan saya rasa tidak pernah buat salah atau bergaduh dengan sesiapa kecuali perkara yang sudah berlalu”
Apapun, kata Zahirah sebagai manusia biasa dia tidak boleh untuk memaksa orang lain untuk menyukai dirinya.
“Its okey kalau orang tidak suka kita, saya pun tidak ada tidak suka orang, bukan tidak suka tapi tidak berapa minat. Saya terima kalau orang tidak suka saya”
Itulah komen dari Zahirah Macwilson tentang isu ini. Apapun, Rita dah pun jelaskan bahawa ini semua fitnah saja.