“Saya terjumpa suami di Pavilion. Waktu tu saya sedang menangis..” Ini pendedahan pengantin perempuan

Jodoh itu rahsia Tuhan. Hanya berkenalan selama empat bulan selepas pertemuan secara tidak sengaja di satu pusat membeli-belah di ibu negara, pasangan dari dua benua berbeza ini telah membuat ikatan sah dan kini bergelar pasangan suami isteri.

Kisah cinta pandang pertama, gadis Melayu bernama Nur Afilah Amir Rusdi (24 tahun) dan pasangannya Adama Mohamed Camara (26 tahun) iaitu seorang jejaka dari Guinea, Afrika Barat yang selamat dijabkabulkan pada Jumaat lepas.

JUMPA DI PAVILION

gadis berkenaan bernama Nur Afilah atau lebih mesra disapa Fila. Bercerita tentang perkenalannya, dia didekati suaminya semasa sedang menangis di sebuah kafe di Pavilion, Kuala Lumpur pada Disember lalu.

“Saya terjumpa suami dekat Pavilion. Waktu tu saya sedang menangis sebab ada masalah sikit dengan teman serumah. Saya ni jenis kurang berkawan dengan orang.

“Kemudian dia tiba-tiba datang dekati saya ketika saya bersendirian. Dia pujuk Fila. Mula-mula rasa takut sebab saya seorang dan takut orang ambil kesempatan.

“Tapi bila tengok dia betul-betul ikhlas, saya terharu. Itulah kan kalau dah jodoh Allah akan hadirkan dia datang secara tiba-tiba,”

KENAPA TERTARIK DENGAN JEJAKA BERKENAAN

Mendedahkan kenapa mula menerima Adama, gadis kelahiran Jitra Kedah ini berkata, hatinya mula terbuka untuk menerima Adama kerana dia memiliki ciri-ciri lelaki idamannya.

“Dia sangat baik hati, penyayang, penyabar dan bijak. Saya tertarik dengan dia sebab ada ciri-ciri lelaki yang saya nak.

“Dia tak merokok, tak buat benda pelik-pelik, ilmu agama yang tinggi dan amat mementingkan keluarga,”

Hati gadis ini semakin tersentuh melihat kesungguhan suaminya apabila mengajak dia pergi menunaikan umrah selepas dua bulan perkenalan mereka.

“Lepas sebulan dua kenal dia ajak pergi umrah tapi sebab tak kahwin lagi saya cakap tak boleh. Jadi bermula dari situ kami merancang untuk kahwin.

“Saya call beritahu mak tapi sebelum tu saya dah pernah cerita dekat mak pasal suami. Mak cakap kawan elok-elok. Keluarga saya sangat sporting dan supportive,”

URUSAN KAHWIN JALAN LANCAR

Fila yang merupakan anak kedua daripada empat beradik itu berkata, biar pun perkenalan singkat, urusan mendirikan rumah tangga mereka berjalan lancar dan mendapat restu keluarga.

“Bila merancang nak kahwin, saya bawa suami balik kampung. Dia pun terharu dengan layanan mak ayah saya.

“Kemudian dia tanya ayah saya dia nak kahwin. Ayah cakap selesaikan dokumen semua kahwin cara sah. Ayah sangat memilih dan garang. Kalau ayah setuju, saya percaya dengan pilihan dia,”

Perkahwinan antara Wanita melayu dan Lelaki Benua Afrika. Kalaw dah Jodoh kan ?Pengantin perempuan dari Kg Raja…

Posted by PenMerahdotcom on Sunday, 28 April 2019

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here