Pelakon dan juga bekas suami kepada Bella Dally iaitu Nazim Othman telah meluahkan perasaan di laman Instagram miliknya serta mempersoalkan tentang watak kedua yang ditawarkan berbanding menjadi pelakon pertama.
Menurut pelakon kacak berusia 35 tahun ini dia sering di “offer” watak sebegitu kerana watak utama tersebut lebih popular daripada dirinya.
Jika watak kedua yang ditawarkan kepadanya adalah seorang pelakon utama yang lebih bagus kualiti lakonannya dia tidak kisah.
Ini adalah luahan Nazim Othamn:
“Second ? What second ? Kenapa bukan saya yang pertama? Saya boleh mainkan watak kedua sampingan kalau bakat yang pertama itu lebih baik daripada apa yang saya boleh bawakan.
“Saya takkan bawa watak kedua untuk seseorang yang hanya popular tapi bakat dan disiplin entah ke mana,”
“Sekarang ini, kebanyakan yang pertama tu dipilih berdasarkan jumlah pengikut mereka di platform media sosial.
“Kalau macam ni lah bakat tu diukur, kita ni hanya takdir. Tak semestinya seseorang yang ramai followers tu betul-betul berbakat,”
“Saya tak kisah play second, watak sikit pun saya buat kalau kuat karakternya. Bayaran pun banyak kali saya compromise tapi tengok keadaanlah. Yang first lead tu kena semenggah sikit for me to accept playing second or third. Itu saja,”
Dia meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila ramai bakat pelakon di negara ini hanya di nilai menerusi follower di Instagram dan populariti semata tanpa menilai bakat yang sebenar.
Ada betulnya dengan apa yang dikatakan oleh Nazim ni. Ramai seleberiti yang berbakat besar malah yang kerap memenangi anugerah pelakon terbaik tiada tawaran berlakon.
Lebih menyedihkan apabila mereka yang memenagi anugerah pelakon terbaik juga dikatakan akan demand harga bayaran yang tinggi selain tidak lagi popular seperti pelakon baru yang sedia ada.