Beberapa hari lepas, TV Alhijrah menerusi rancangan Analisis telah menjemput 2 panel iaitu Dr Huda dan Datuk Dr Musa.
Panel dipanggil untuk membincangkan tentang isu ‘Vaksin : Perlindungan atau Kemudaratan’. Sesi pendebatan tersebut menarik perhatian ramai apabila hujah Dr Huda sebagai doktor freelance dipatahkan Datuk Dr Musa dengan mudah.
Menerusi satu status di Facebook, Dr Huda memberitahu sebenarnya beliau tidak diberi penerangan tentang soalan yang bakal dibangkitkan.
Katanya lagi, beberapa hari sebelum program berlangsung dia sendiri ada bertanyakan mengenai topik dan soalan yang ingin dibincang namun tiada sebarang balasan.
Dakwanya, semua isi kandungan program dirancang dan pihaknya langsung tidak terlibat. Sebab itu nampak seperti prigram ini diambil untuk hentam kumpulan yang menolak vaksi (anti vaksin).
Ini komen Dr Huda:
Sessi semalam..
Untuk pengetahuan semua, kami sampai awal, tiada sepatah pun briefing apa persoalan yg bakal dibangkitkan.. beberapa hari sebelum tu pun saya bertanya apa nak bincang, apa soalannya, tapi tidak mendapat feedback.
Semua isi kandungan program dirancang sedemikian dan pihak kami tidak dilibatkan langsung.
Pada sessi sejam tersebut, kami mmg hanya nak fokus kepada apa yg tertulis di dlm GPFK yg dibangunkan sendiri oleh KKM nak seru sama2 kita perkemaskan perlaksanaanya. Ada impak medicolegal kalau dibuat cincai2. Ada tindakan yg ibubapa perlu cakna selepas cucuk anak..
BUKAN fokus untuk mengatakan vaksin tak baik.
Bukan fokus juga untuk mempertahankan mereka yg memilih utk tidak vaksin. Itu memerlukan perbincangan yg lebih sistematik, duduk bersama dan bincang dgn harmoni.
Saya ada kecenderungan sendiri, tapi bukan untuk pengaruhi supaya ikut. Pilihlah dengan cermat dan telitilah semua baik buruk.
Tahu2 ia adalah sessi khas untuk kondem apa yg dilabelkan sebagai “gerakan antivaksin”
Kalau semata2 sessi ini yg digunakan untuk menilai kami, rasanya itu masih belum memberi keadilan buat kami..dan buat anda juga sebenarnya..
Tolong semua lihat senarai dlm GPFK tu.
CDC dlm satu artikel ada tulis “vaccines are unavoidably unsafe”
Sebab kami2 ni byk belek isu ini, macam2 kami jumpa, tidak seperti kebykn org yg rasa settle percaya terus pada 1 sumber sahaja. Kami cuba nak share, mungkin ia jalan pintas kawan2 dpt maklumat awal dan jadilah kritis dan teruskan siasatan bukan untuk percaya kami.
Saya nak tegaskan saya hormati apa jua pilihan kawan2 dan saya doakan yg baik2 semua. Tapi yg dpt side effects tu saya kesian.. bertungkus lumus mencari rawatan.. rawatannya pun bukan mudah.
Saya juga nak sampaikan, supaya nilai balik betulkah cemuhan, diskriminasi kepada yg memilih untuk tidak vaksin?
Ada bbrp alasan sebenarnya kita kena tgk sudut lain juga.. other possibilities yg boleh menyumbang kenaikan kes. Bukan anak2 tak vac shj. Saya tak sempat, cakap dipotong, moga ada kesempatan saya share. Tapi itu dah macam indoktrinasi yg tidak tergoyah.
Saya juga nak cerita 1 kes mahkamah di Malaysia budak jadi lumpuh selepas vaksin, dlm kes tu budak tu menang.
Saya juga nak cerita, ada doc provaccine yg saya rasa sayang namanya Dr Paul Thomson, sebab dia memvaksin dgn seni yg tersendiri sgt cermat untuk pastikan yg anak2 yg dia nak vaksinkan adalah adalah kumpulan yg kemungkinan tidak ada masalah kalau terima vaksin.. moga nanti ramai doktor2 macam dia.. dia kata masalah tu tidak terlalu rare seperti yg dia sangka sebelum ni..
Apapun… Kembali kita semua padaNya. Semoga ke arah perbincangan yg sihat dan baik…
Allah jua yg mengetahui apa terbaik. Manusia tahu sikit sgt.
Sumber: FB Dr Huda