“Saya tak pernah ada keinginan langsung untuk menyukai Tok Ram” Alyah

Penyanyi Datin Alyah mendedahkan dia tidak pernah mencipta impian untuk hidup bersama maestro muzik terkenal Datuk Ramli MS atau lebih popular disapa Tok Ram.

Setiap inci dalam diri Ramli kata Alyah tidak pernah disukainya malah pelantun lagu Kisah Hati itu pun pelik bagaimana mereka boleh bersama.

“Sejak berkahwin dengan Dato Ramli memang orang sering perkatakannya”

“Dato Ramli hidup lama dalam industri, dia kenal ramai orang, mungkin sebab itu ramai nak tahu dan lebih kenali”

“Saya tak pernah ada impian langsung dan tak pernah ada keinginan langsung untuk menyukainya malah saya tak pernah terfikir pun.

“Tetapi Allah aturkan saya berjumpa dia semula selepas kali pertama bertemu ketika saya menjadi penyanyi ganti di sebuah kelab dan akhirnya dia menjadi suami saya. Itu benda terbaik dari Allah yang kita tak tahu

“Saya memang tak menggemari Dato Ramli secara jujur. Saya tak gemari setiap inci pun Tok Ram, sampai hari ini pun pelik.

“Tetapi saya percaya Allah ada perancangan terbaik yang saya tak tahu, saya just go with the flow,”

“Maksud saya sebab bila orang kata kahwin is the ending dan awak memilik pasangan dan itu pengakhirannya. Tetapi bagi saya perkahwinan adalah permulaan dimana kita baru dapat kenali pasangan kita sebenar-benarnya. Proses mengenali itu ada naik dan turun.”

Apabila ditanya tentang kelebihan yang suaminya memiliki, Alyah mendedahkan ada satu kualiti yang menambat hatinya untuk bersama.

“Istimewanya Tok Ram apabila dia boleh melayan budak kecil walau anak saudara saya, itu yag buatkan istimewanya dia”

Alyah berkata sedemikian ketika temu bual bersama DJ Nazz dalam segmen BegituBegini Gegar.

Penyanyi ini juga tidak menolak perbezaan usia 20 tahun juga membuatkan dia bercanggah pandangan dengan Tok Ram dan menyifatkan ia sebagai pasang surut kehidupan berumah tangga.

Untuk pengetahuan, Alyah dan Ramli MS berkahwin pada 18 Mac 2013 di Indonesia secara rahsia.

Sumber: GEGAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here