“Saya tak nak mengaibkan dia seperti mana dia mengaibkan saya..” – Lufya

Pelakon Lufya Omar tak mahu mendedahkan nama selebriti veteran yang bersikap biadap apabila dikatakan telah mempersendakan tubuh badan Lufya di satu majlis yang dihadiri baru-baru ini.

Dia dilaporan sakit hati dan berang dengan seorang artis veteran yang bertindak menegur bentuk badannya selepas bersalin. Dari satu laporan portal media, dikatakan Lufya terguris hati dengan kata-kata artis tersebut yang seakan-akan sengaja ingin memalukannya di hadapan orang.

Lufya berkata dia tidak mahu membuka aib seperti mana yang dilakukan oleh artis wanita berkenaan.

“Saya masih tetap dengan pendirian saya iaitu tidak mahu mendedahkan nama artis veteran yang bersikap biadap menegur bentuk badan saya secara umum. Sebab saya tak nak mengaibkan dia seperti mana dia mengaibkan saya di sebuah majlis baru-baru ini”

Lufya akui memang terkejut dengan teguran tersebut memandangkan wanita itu pernah kurus ketika dahulu dan kini mempunyai badan yang berisi. Katanya, dia tidak kisah sekiranya individu itu mahu menyapanya namun perlu ada cara dan adab yang betul.

“Saya terkejut juga dengan apa yang dikatakan wanita itu. Sebab setahu saya, masa dia muda badan dia langsing tapi sekarang dah berisi. Jadi, kenapa dia perlu mempersendakan bentuk badan orang lain sedangkan dia juga sama. Saya tidak kisah jika dia mahu menyapa saya tanpa biarlah ada cara. Sepatutnya dia yang lebih berusia daripada saya, kenalah beri kata-kata motivasi atau inspirasi”

Sementara itu, Lufya kini akui lebih yakin untuk buat comebanck dan muncul semula dalam mana-mana drama memandangkan dia sudah mendapat berat badan yang ideal.

“Sebelum ini mungkin saya rasa belum bersedia nak kembali berlakon sebab badan saya lebih berisi selepas bersalin ini. Tapi alhamdulillah selepas berjaya menurunkan berat badan ini, saya rasa berkeyakinan untuk berlakon semula. Jadi, saya sudah bersedia untuk menerima sebarang tawaran untuk berlakon”

Untuk pengetahuan, Lufya semain bahagia setelah berkahwin dengan seorang doktor kacak bernama Che Muhammad Hafiz Che Baharom dan telah melahirkan bayi perempuan sulung bernama Laana Haura pada 12 November 2017.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here