“Saya tak ke mahkamah syariah tapi saya ke mahkamah tinggi..” Respon Che Ta dakwaan fail cerai

Saya tidak ke mahkamah syariah tapi saya akan ke mahkamah tinggi atas urusan tuntutan berkaitan perniagaan” itulah antara komen dari Rozita Che Wan yang lebih mesra disapa Che Ta setelah terkejut apabila timbul khabar angin rumah tangganya dengan Zain Saidin berhadapan masalah.

Ini ekoran ada ura-ura mengatakan bahawa ada seorang artis yang mempunyai anak menerusi perkahwin sebelum ini akan failkan penceraian.

Rozita Che Wan yang kini berumur 45 tahun menafikan dia adalah individu yang didakwa bakal memfailkan perceraian di mahkamah syariah.

“Saya terkejut apabila ditanya oleh pengurus saya berkaitan perkara itu (fail cerai di mahkamah).. Informasi itu tidak benar atau salah artis.

“Fakta-fakta yang mungkin diberikan tentang artis itu… bukan saya seorang sahaja yang ada anak menerusi perkahwinan dahulu.

Rozita menjelaskan hal berkenaan ketika ditemui pada majlis Anugerah Nona Superwoman 2018 anjuran majalah Nona yang diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby pada malam Selasa.

Pada minggu lalu, sebuah portal hiburan ada membuat pendedahan bahawa rumah tangga seorang pelakon wanita bergolak dan pelakon berkenaan sudah melantik peguam untuk menguruskan perceraiannya.

Bagaimanapun, pasangan itu telahpun dapat menyelesaikan masalah tersebut disebabkan faktor anak.

Dalam pada itu, Rozita menambah, hubungannya dengan Zain berada dalam keadaan baik namun sebagai suami-isteri mereka juga melalui detik pasang surut seperti pasangan lain.

Ini jelas Che Ta lagi:

“Hubungan rumah tangga saya tidaklah boleh kata bahagia sampai 110 peratus tapi 99 peratus tu ada laa. Biasalah rumah tangga pasti ada pasang surutnya.

“Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri”

Rozita Che Wan dan Zain Saidin mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana, yang kini berusia empat tahun.

Rozita turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy, 22, dan Aniq Ezzra, 20, hasil perkahwinan pertamanya.

Zain dan Rozita bakal menyambut ulangtahun perkahwinan ke-5 pada 11 Disember ini.

Syukru hubungan Che Ta dan Zain Saidin baik-baik sahaja. Bukan mereka tau yang ada masalah tapi artis lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here