“Saya tak faham ambik pencuri jadi boss” – Tun Mahathir hairan DS Najib Razak digelar ‘bossku’

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa hairan nya kenapa Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini menghadapi tuduhan pengubahan wang haram, boleh dipanggil ‘bos’ dan viral dengan tag ‘malu apa bossku’

Tun Dr Mahathir yang juga tak faham kenapa angkat Najib Razak seolah sebagai hero dan memang beliau tidak melihat bagaimana bekas Perdana Menteri Malaysia itu boleh diangkat sebagai wira.

Ini komen Tun M:

“Dia curi duit kita sahaja bukan apa dia sekarang ini hero bossku… bossku ‘the hero the hero the penyangak’. Itulah bossku orang itu.

“Tapi saya tak faham ambik pencuri jadi bos barangkali sama-sama pencuri, sebab itu pliih pencuri.

“Dia datang sini (Semenyih) bukan main hebat lagi, dah kena dakwa pun tak ditahan lagi. Tak pakai baju kuning (baju oren SPRM).

“Tak lama lagi pakai macam orang lain. Isa Samad (bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad) dah pakai. Lama-lama kuning semua tiada biru dah,”

Tun Mahathir juga sempat bercerita tentang asal-usul nama panggilan boss itu yang di ambil dari negara Amerika.

Ini jelasnya lagi:

“Tahu tak perkataan boss ini datang dari USA (Amerika Syarikat), di mana orang kulit hitam panggil pemilik mereka sebagai boss.

“Jadi bila panggil bossku, itu maknanya kita jadi milik boss. Eh, kita dah merdekalah, takkan nak jadi hamba lagi?”

Tambahnya, Najib kini kelihatan seperti tak malu untuk muncul di khalayak ramai selepas didakwa di mahkamah untuk beberapa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

“Dia betul-betul tak malu, tengok kelakuan dia, tak malu langsung. Saya mungkin salah kadang-kadang, tapi saya tak salah bila tolak Najib,”

Sumber: AWANI / SINAR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here