“Saya tahu ramai sedih dengan saya. Saya minta maaf sekali lagi”

Sering diselebungi kontroversi, naam pelakon Fathia Latiff meniti di bibir para netizen ekoran beberapa luahan di laamn IG story nya baru-baru ini.

Memang banyak yang meluahkan rasa kurang senang dengan paparan di IG story Fathia Latiff itu yang mana antaranya mengatakan “you guys are bunch of religion slave keep on living in hell”

Selain itu, Fathia juga ada memuatnaik foto mesra dengan seorang lelaki.

Sebelum ini, Fathia juga ada membuat kenyataan kenapa dia membuka tudung kepada pihak media. Tindakannya itu juga menerima kecaman dari ramai pihak.

Menerusi satu kenyataan di Harian Metro. Fathia telah tampil memohon maaf atas keterlanjuran kenyataan berhubung tindakannya membuka tudung tiga hari lalu.

Fathia Latiff menerusi status di Instagram Story semalam mengakui kata-kata yang keluar daripada mulutnya itu adalah kekhilafan sendiri.

Menerusi status sama Fathia berjanji akan lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Ini komennya:

“Saya minta maaf atas kekhilafan diri sendiri. Saya tahu ramai sedih dengan saya. Saya minta maaf sekali lagi.

“Saya tahu, pemakaian tudung adalah wajib sebagai orang Islam. Saya meminta maaf atas kesalahan percakapan,”

“Insya-Allah, saya akan lebih berhati-hati selepas ini. Lots of love,”

Rabu lalu Fathia secara rasmi mengambil keputusan membuka tudung selepas tiga tahun bertudung penuh.

Menerusi kenyataan dalam akhbar ini, Fathia mengakui lega dengan keputusan diambil dan selesa menjadi diri sendiri.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here