Pelakon veteran, Ellie Suriaty sering dilihat beguitu lantang dalam mempertahankan UMNO. Berada di tepi jalan, sertai demontrasi dan memberi ucapan yang hangat dan panas ianya bukanlah perkara baru buat Elly Suriati sejak akhir-akhir ini.
Namun disebalik semangatnya yang keterlaluan, ada menyifatkan pelakon itu hanyalah berlakon kerana sudah dibayar. Betulkah perkara ini?
Menjawab dakwaan itu, Elly Suriati mengatakan di abukan dibayar tetapi emang benar-benar marah denagn apa yang berlaku dan memang dia beri sokongan yang tak berbelah bagi kepada UMNO.
Ini jelasnya:
“Mungkin hanya 15 peratus saja memandang perjuangan saya dari sudut negatif. Selebihnya, mereka faham dan menyokong. Itu bukan lakonan. Berlakon kerja profesional, tapi saya tak boleh berlakon suka-suka kerana itu adalah satu penghinaan buat diri saya”
“Saya bukan ahli politik, sebaliknya seorang aktivis. Ketika memberikan ucapan itu, saya benar-benar marah dan ingin menegakkan keadilan untuk UMNO. Salahkah seorang Melayu, mempertahankan parti yang selama ini berada di belakang orang Melayu?”
Terbaru satu video ucapan protes yang dilakukan Ellie di depan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat pebagai kecaman dari masyarakat. Malah dedah Ellie Suriati, ada di kalangan selebriti juga turut mengecam beliau apabila tersebarnya video berkenaan yang memperlihatkan Elly Suriati benar-benar lantang berbicara.
“Saya sendiri pun tak sangka video itu akan tular di media sosial. Banyak kecaman yang saya terima daripada masyarakat, bahkan ada juga daripada rakan-rakan selebriti. Namun, saya tak mahu terlalu mengambil pusing,” Itulah penjelasnya lagi tentang isu ini.