“Saya sembunyi perkara ini kerana..” – Pengakuan Syafiq Kyle tentang hubungan cinta dengan Mimi Lana

Persoalan tentang hubungan cinta pasangan pelakon popular tanah air, Syafiq Kyle dan pelakon baru Mimi Lana akhirnya terjawab apabila hero drama Nur itu mengakui sedang berkawan rapat dengan wanita berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

Syafiq Kyle yang popular melambung setelah memegang watak Ustaz Adam dalam drama Nur berkata, dia sengaja menyembunyikan perkara itu kerana tidak selesa digembar-gemburkan oleh orang ramai tentang kisah peribadinya.

Jelas Syafiq, dia tidak mahu menjaja kisah peribadinya hingga menenggelamkan kerjaya seni yang sepatutnya diberi perhatian ramai.

“Bukan satu kewajipan buat saya untuk mendedahkan kisah peribadi kepada semua orang. Saya enggan mensensasikan topik tersebut dan diperkatakan secara berulang-ulang hingga mendapatkan kesan dalam hubungan.

“Atas sebab itu saya menyembunyikan perkara ini kerana turut membabitkan hati pasangan.

“Lagipun cara menaja cerita cinta itu bukan amalan kerjaya saya,”

Sebelum ini, kedua-dua Syafiq Kyle dan juga pun Mimi Lana dilihat akan cuba sedaya upaya untuk mengelak apabila status hubungan cinta mereka dibangkitkan oleh pihak wartawan.

Malah ada yang beranggapan, Syafiq Kyle sengaja berdolak-dalih tentang status cintanya kerana takut kalau jatuh saham.

Namun begitu, Syafiq memberitahu banyak perkara yang dipelajari selepas kegagalan kisah cintanya dengan pelakon Uqasha Senrose yang terjalin tiga tahun lalu.

Pendedahan yang keterlaluan dari pihak media antara punca hubungan antara Syafiw Kyle dan juga Uqasha Senrose tidak berjalan lancar.

“Jadi tidak salah kalau saya belajar sesuatu selepas kegagalan cinta itu. Profesion kami yang terdedah kepada orang ramai ini menjadi penyebab utama saya berdiam diri,”

Sebelum ini, hubungan cinta Syafiq dan Uqasha Senrose dikatakan semakin renggang selepas masing-masing sibuk dengan kerjaya pada 2016.

Sumber – MHE TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here