“Saya sangat sedih..” – Luahan sedih penyerang Thailand yang gagal jaringkan sepakan penalti

Bola sepak di Asia Tenggara kini hangat kerana sedang berlangusng Piala AFF Suzuki. Kini piala berprestij untuk Asia Tenggara ini sudah diperingkat akhir yang mana Malaysia akan beraksi menentang Vietnam.

Sementara itu, penyerang Thailand bernama Adisak Kraisorn menajdi tumpuan utama setelah gagal menjaringkan gol apabila sepakan penaltinya melambung tinggi.

Adisak meluahan rasa hatinya dan mengakui cukup sedih dengan kegagalan mereka mempertahankan kejuaraan Piala AFF 2018 selepas terkandas di separuh akhir kepada Malaysia.

Pemain Thailand ini sudah meledak lapan gol tetapi, dia mensia-siakan peluang menerusi sepakan penalti di masa kecederaan ketika kedudukan terikat 2-2 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Nasional Rajamangala. dan keputusan itu menyaksikan Malaysia juara 2010 mara ke final buat kali keempat menerusi peraturan away gol.

Ini komen Adisak:

“Saya sangat sedih dan kecewa bila memikirkan apa yang berlaku. Memang ini kesilapan saya,” katanya menahan sebak ketika ditemui pemberita selepas perlawanan semalam.

Tambah menyedihkan buat pemain kelab Muangthong United itu, dia gagal memberikan kemenangan buat penyokong Gajah Perang sempena ulangtahun mendiang Raja Thailand Bhumibol.

Adisak berkata, dia akan mencari semula semangat untuk kembali fokus bagi menghadapi pusingan akhir Kejohanan Piala Asia di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Januari tahun depan.

“Misi kami selepas ini adalah Piala Asia Januari depan, jadi saya dan pemain lain perlu bersedia kerana ia pentas lebih besar”

Itulah komen dari Adisak tentang kesilapannya itu.

Sementara itu jurualtih Thailand, Milovan Rajevac mengakui skuad Harimau Malaya memang berhak untuk beraksi di pentas akhir Piala AFF 2018.

“Saya tidak berpuas hati kerana kami tidak layak, tetapi ini adalah sebahagian daripada pengalaman buat pemain.

“Tahniah buat Malaysia kerana mereka memang berhak ke pentas akhir. Malaysia menunjukkan kesungguhan, agresif untuk mara”

“Kami memiliki peluang menerusi sepakan penalti, tetapi gagal mengambil peluang itu dengan baik, tetapi ini boleh berlaku dalam bola sepak,”

Tahniah buat pasukan Malaysia, mari kita sokong di final pula, semoga sukses!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here