“Saya rindukan dia.. tak kuat dengan dugaan ini” – baca luahan hati bapa Benjy

Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali denagn nama Benjy, kini sedang menjalani hukuman penjara di Medan, Indonesia. Kalau ikutkan hujuman yang dikenakan kepada Benjy masih berbaki sembilan tahun. Satu tempoh yang agak lama.

Ramai mengetahuai bahawa benjy merupakan anak kepada arwah Azean Erdawati. Namun jarang sekali kita dengar tentang bapa kepada Benjy.

Melalui laporan dari Astro Awani, akhirnya pihak media berjaya mendapatkan ayah Benjy untuk berbicara tentang isu anaknya itu.

Ayah benjy bernama Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi, atau lebih mesra disapa dengan nama Karl.

Karl kini di bawah jagaan dua anak perempuannya, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty. Pergerakannya terbatas selepas diserang strok dua tahun lalu, namun masih mampu mengurus diri.

Hati ayah mana yang tak sedih melihat anaknya dipenjara, Karl akui amat rindu dengan anaknya itu.

Besar macam mana pun kesalahan, si bapa tetap akan menemui ruang kemaafan buat si anak.

“Saya rindukan dia. Rindu nak rasa stew yang dia masak, dia pandai buat stew.”

“Dulu masa dia kecil, saya selalu dukung dia atas bahu. Itu antara saat-saat manis yang akan saya ingat sampai bila-bila,”

“Tak ada manusia yang terlepas daripada melakukan kesalahan. Saya sendiri, tak boleh cakap di mana tempat saya nanti, syurga atau neraka.

“Tetapi dia sudah melakukan kesalahan, dari segi undang-undang tetap perlu dihukum,”

“Saya tak kuat sebenarnya untuk hadapi dugaan ini. Hanya doa saja senjata saya.

“Setiap malam saya doakan anak-anak agar mereka diberi hidayah,”

Antara harapan besar Karl adalah untuk melihat Benjy dibawa pulang dan menjalani hukuman di Malaysia dan bukanya di negara orang lain.

Karl juga tidak berselindung dengan keinginannya untuk bertemu Benjy, namun sedar keadaan dirinya tidak mengizinkannya ke sana melawat Benjy.

“Susah macam mana pun di sini, ia lebih baik daripada di negara orang,”

“Saya nak ke sana, rasanya tak mampu. Tetapi kalau dibenarkan dia balik sekejap, memang saya nak jumpa dan peluk dia,”

Namun membawa Benjy kembali ke negara ini bukan sesuatu yang mudah, memandangkan kesalahan yang dilakukannya berkaitan bahan terlarang.

Dalam pada itu, Zed Zaidi (Presiden Seniman) akui memang sukar untuk membawa benjy ke Malaysia tetapi dia akan berusaha membantu Benjy.

“Kami ada berbincang sebelum ini dengan konsulat Malaysia di Indonesia, mereka sendiri akui prosesnya sukar. Melainkan jika ada membabitkan pejanjian dua hala antara Malaysia dan Indonesia,”

Benjy dihukum penjara 11 tahun selepas didapati bersalah menyeludup bahan terlarang ketika berkunjung ke pulau Sumatera pada April 2017.

Penahanan Benjy pada tahun 2017, menjadi dugaan yang amat besar buat Karl selepas pemergian isteri tercinta, Azean Irdawaty, kira-kira lima tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here