“Saya rasa bersalah, ralat dan tidak dapat tidur” – Fattah Amin buat report polis, jelaskan apa yang berlaku

Ini satu kes penipuan yang telah melibatkan nama Fattah Amin turut terpalit sama.

Ianya berkaitan dengan produk MRP Sup DIET & Berrytox dibawah syarikat MRP International SDN BHD milik pelakon Fattah Amin.

Ada yang mendakwa ejen-ejen produk berkenaan sudah banyak melaburkan wang tetapi produk tidak dapat dijual kerana Fattah Amin dikatakan tidak lagi rancak mempromosikan produknya itu seperti sebelum ini.

Dalam satu sidang media semalam, Fattah Amin telah tampil untuk membersihkan namanya dan menegaskan dia tidak pernah bersekongkol atau menipu pihak stokis malah tidak terlibat dalam kes penipuan tentang produk tersebut.

Kata Fattah Amin lagi, 80 stokis yang menjual produk kesihatannya itu telah ditipu oleh rakan kongsinya. Ujarnya lagi, dia cuba menghubungi rakannya itu namun usahanya itu gagal.

Oleh itu Fattah Amin telah membuat laporan polis terhadap rakan kongsinya di bawah syarikat MRP International Sdn Bhd yang bernama Kamarul Ariff kerana gagal memberi kerjasama dalam memberi akses kepada penyata kewangan syarikat tersebut.

Fattah berbuat demikian bagi membersihkan namanya daripada terus didakwa oleh pihak stokis syarikat berkenaan wang yang tidak dikembalikan sejak beberapa bulan lalu.

Pelakon yang berusia 28 tahun itu membuat laporan polis pada 8 Mac lalu di Balai Polis Dang Wangi sebagai satu penjelasan kepada pihak stokis MRP dan orang ramai bahawa beliau tidak tak pernah nak menipu atau bersekongkol dengan pihak syarikat MRP.

Fattah Amin telah melantik peguam dari Azaine & Fakhrul Advocates & Solicitors, Fakhrul Azman Abu Hasan, bagi membantu dalam siasatan isu berkenaan.

Sekitar penghujung tahun lalu, agen-agen syarikat itu mula meninggalkan komen di media sosial dan menuduh Fattah tidak mengembalikan wang mereka, walaupun pelakon itu sendiri tidak mengetahui tentang isu tersebut.

Fattah menjelaskan bahawa beliau ada cuba menghubungi Kamarul untuk mendapatkan penjelasan, namun pertanyaannya tidak mendapat respons.

“Pada 13 Februari lalu, peguam saya telah menghantar notis kepada Kamarul supaya membenarkan saya mengakses penyata kewangan syarikat dan menjalankan audit yang lebih terperinci.

“Sehinggalah saya merancang untuk membuat sidang akhbar, baru dia ada menghubungi peguam. Jadi, saya dan peguam akan berbincang tentang perkara ini untuk tindakan lanjut,”

Menurut kenyataan media, isu ini timbul apabila pihak stokis cuba mendapatkan wang mereka dari sistem kredit MRP tetapi tidak berjaya. Hal ini adalah kerana sistem kredit tersebut hanya boleh diakses oleh Kamarul.

“Yang pentingnya sekarang adalah saya nak bersihkan nama baik saya dan pada masa yang sama saya nak bantu stokis dan agen untuk mendapat hak mereka,”

“Saya rasa bersalah, ralat dan tidak dapat tidur selagai isu ini tidak dapat diselesaikan. Apabila saya mendapat tahu perkara ini hujung tahun lepas, saya cuba hubungi rakan kongsi saya bagi mendapatkan penjelasan, tapi usaha itu gagal.”

“Jadi dalam isu ini, saya seorang selebriti saya yang terkena tempias dan semua orang akan cari saya”

Fattah Amin berharap pihak stokis dan peminatnya akan berhenti menyalahkan dirinya tanpa mempunyai sebarang bukti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here