Saya push mereka.. pemain bawa mentaliti di JDT ke skuad kebangsaan – TMJ

0
2537

Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau Tunku Mahkota Johor (TMJ) menulis komen tentang skuad negara yang baru saja mengikat Vietnam di Stadium Bukit Jalil.

TMj dilihat telah memuji semangat yang dimiliki skuad Harimau Malaya untuk memburu gol dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki menentang Vietnam, pada Selasa.

Tunku Mahkota Johor itu menyifatkan mentaliti menang (winning mentality) seumpama itu merupakan sesuatu yang sememangnya diterapkan oleh kelab Johor Darul Takzim (JDT), dan kini digunapakai oleh pemain yang berada di kem pasukan kebangsaan ketika ini.

Ini perkongsian dari TMJ:

Di JDT, semuanya adalah mengenai ‘Winning Mentality’. Saya ‘push’ para pemain saya ‘to the limit’. Lama-kelamaan ia menjadi satu ketagihan. Mereka bukan sahaja melakukannya untuk kelab, mereka turut membawa mentaliti tersebut apabila bermain untuk negara. Saya bangga dengan kamu semua serta seluruh pasukan. Syabas.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

In JDT it’s all about the Winning mentality. I push my players to the limit. Slowly, Winning becomes an addiction. This boys don’t just do it for the Club, they bring that mentality when playing for their Country. Proud of you boys & the rest of the team. Well done!

HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Hidup Johor Demi Johor

Antara pemain JDt yang berada di dalam skuad kebangsaan ialah Aidil Zafuan, Safawi Rasid, Farizal Marlias, Shafiq Ahmad dan Hazwan Bakri.

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung Selasa lalu, skuad negara yang ketinggalan 2 gol mempamer aksi membanggakan apabila berjaya bangkit menerusi gol jaringan Shahrul Saad dan Safawi Rasid.

Juara AFF edisi kali ini bakal ditentukan menerusi aksi timbal balik di Hanoi, Sabtu ini.

Good luck Malaysia!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here