“Saya paling tak selesa kerja dengan pelakon bawa handphone ke set” – Setepek kena dengan Jasmin Hamid

Pelakon hebat dan berpengalaman iaitu Jasmin Hamid tampil memberi pandangan tentang pelakon zaman kini. Jasmin akui langsung tak selesa dengan sikap segelintir pelakon yang terlalu taksub dengan media sosial hingga membelakangkan kualiti dan disiplin kerja.

Kata pelakon ini lagi, perbuatan mereka yang terlalu leka dengan telefon bimbit ketika di set penggambaran hanya menjejaskan tumpuan terhadap lakonan.

Ini komen Jasmin Hamid:

“Guna handphone masa off set je, dalam set shooting no hand phone please”

“Saya paling tidak selesa bekerja dengan pelakon yang membawa telefon bimbit ke set penggambaran kerana ia mengganggu fokus ketika berlakon.

“Dahulu, sesiapa yang membawa telefon bimbit ke dalam set akan dirampas. Hanya apabila selesai kerja, baru dapat semula telefon bimbit itu.

“Segelintir pelakon era sekarang kurang berdisiplin, malah ketika pengarah sedang memberi arahan, mereka masih leka bermain telefon”

Jasmin Hamid turut berkata, perkara ini menjadi lebih mengecewakan apabila ada pelakon terlalu ghairah mengumpul follower di laman sosial instagram dan tidak ada kemahuan untuk menambah ilmu dalam dunia seni ini.

“Senario sebegini membuatkan ramai pelakon yang cepat naik tidak bertahan lama dalam industri.

“Pelakon yang baik mencari ilmu, manakala pelakon popular mencari pengikut. Jadi, terpulang kepada pilihan sendiri”

Luahan Jasmin itu turut mendapat sokongan Rita Rudaini yang mengakui, pernah berdepan situasi yang sama di lokasi penggambaran.

Diharapkan pelakon baru yang dahagakan populariti dari laman media sosial ini supaya lebih fokus dan jangan asyik nak main handphone sahaja ketika berkerja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here