“Saya langsung terputus hubungan..” – Ramona Zamzam jadi mangsa… semoga tabah

Ramona Zamzam kini tak dapat lelapkan mata dan akui sukar tidur lena apabila akaun Instagramnya yang menjadi sumber pendapatan utama telah kena godam sebelum dijual dan diambil alih artis dari Turki dikenali sebagai Mehmet Dindar.

Pelakon berumur 28 tahun ini, berkata akaunnya digodam semalam dan serta-merta segala foto terdahulunya membabitkan kerja serta klien lesap begitu saja selain terputus komunikasi dengan ramai orang penting.

Ini komen Ramona Zamzam:

“Satu-satunya akaun Instagram saya digodam semalam gara-gara kesilapan memasukkan kata nama serta kata laluan pada sebuah pautan yang saya terima dalam e-mel. Saya ingatkan e-mel mengenai hak cipta itu dihantar pihak Instagram tapi rupanya daripada penggodam.

“Saya langsung tak dapat melelapkan mata semalam memikirkan foto membabitkan kerja serta klien lesap serta-merta. Saya tidak kisah jika akaun itu akaun peribadi namun 80 peratus perkongsian dalam akaun itu membabitkan soal sumber pendapatan.

“Sekarang ini saya langsung terputus hubungan dengan ramai klien penting disebabkan insiden itu. Buat masa ini, saya wujudkan sebuah akaun sementara menggunakan nama @ramona_zamzam2019 buat sesiapa yang mahu menghubungi saya,”

Kata Ramona lagi, dia sudah membuat laporan kepada pihak Instagram dan CyberSecurity Malaysia disebabkan masih berharap akan mendapat semula akaunnya.

“Saya sangat berharap akan mendapat semula akaun itu memandangkan ia satu-satunya portfolio penting mengenai aktiviti serta kerjaya saya. Kalaulah bukan disebabkan kerja, saya tidaklah gelisah sangat tapi itu sumber pendapatan.

“Saya juga meminta nasihat daripada beberapa rakan artis yang pernah menjadi mangsa kejadian sama. Selain membuat laporan, saya akan berusaha menggunakan inisiatif lain untuk mendapatkannya semula,”

Sebelum ini akaun Ramona Zamzam itu sudah memiliki lebih 418,000 pengikut dan mendapat verifikasi daripada pihak Instagram.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here