“Saya kena sabar..” Kaka Azraf Harus Kuat, Suami Hidapi Gejala Gangguan Biopolar Dan OCD

Penyanyi popular Kaka Azraf baru sahaj berkahwin dengan jejaka pilihannya bernama Adam Azriff.

Setelah berkahwin, Kaka Azraf mendedahkan suami memang ada alami gejala Gangguan Biopolar serta Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD).

Perkara ini memang sudah diketahui sebelum mereka mendirikan rumah tangga lagi.

Kata Kaka Azraf, walaupun gejala yang dihidapi Adam tidaklah ditunjukkan secara langsung, namun dia sudah boleh agak seperti ada sesuatu yang mahu disampaikan suaminya.

Bagi saya Adam seorang yang sensitif, malah turut mempunyai gangguan OCD,” itulah kata-kata dari Kaka Azraf.

Apabila Kaka Azraf berkata sedemikian, kenyataan itu turut disambut suaminya yang mengaku, dia alami gangguan tersebut sejak ketika kecil lagi.

Ini komen suami Kaka itu:

“Malah sebelum kahwin dia beritahu, ada masalah depresi, biopolar atau kata mudah, personality bipolar disorder. Berlawan dengan diri sendiri untuk tahu siapa diri yang sebenar.

“Bukan bercakap macam orang gila, tetapi my brain is telling me another me. Macam suara saya yang tanya diri apa yang saya buat.

“Sebab itulah saya ubah cara pandangan terhadap gejala yang dialami itu menerusi kerja yang saya lakukan,”

Ketika temubual, Adam berada di samping Kaak dan terus bercerita tentang keadaannya.

Untuk Kaka Azraf, apa yang perlu dilakukannya sebagai seorang isteri adalah sentiasa lebih bersabar dan cuba membantu suaminya itu sebaik mungkin.

“Saya kena sabar. Sebelum kenal dengan suami pun, saya ada menonton video mengenai kisah pasangan yang mempunyai masalah depresi di YoTube. Jadi dari pada situlah boleh ambil panduan dan belajar. Sebab kesedaran mengenai perkara tersebut masih lagi tidak besar di negara ini. Mereka ini sudah ada masalah, tetapi orang sekeliling pun mempunyai peranan yang penting.

Namun begitu, keadaan Adam sudah menjadi lebih baik sejak mempunyai Kaka di sisi.

“Saya tidak lagi sunyi dan adanya dia membuatkan ia bertambah baik. Malah dia secara perlahan-lahan cuba bantu dan ingatkan saya. Ingat nama Allah, istigfar”

Adam yang pernah memberikan sesi ceramah mengenai masalah yang dihadapi di luar negara meski tidak secara terperinci.

Untuk pengetahuan, Kaka Azraf dan Adam Azrif telah disatukan pada 14 Disember lalu di kediaman Kaka di Klang, Selangor.

Sumber: Media Hiburan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here