“Saya kena alahan teruk tidak boleh buat kerja berat… akan mudah berlaku pendarahan” – Izreen Azminda

Izreen Azminda telah pun membuat pengumuman bahawa dia sedang mengandung anak pertama hasil perkahwinan dengan suami Ude Wahid.

Menerusi Harian Metro, ini kenyataan Izreen Azminda tentang kehamilannya pada kali ini.

Jom baca:

KENA ALAHAN TERUK

“Alhamdulillah, ini rezeki buat saya dan suami. Selepas lebih setahun berkahwin, Allah berikan nikmat ini pula. Insya-Allah, saya dijangka bersalin Julai ini.

“Cuma, kehamilan kali ini tak macam yang pertama. Saya kena alahan teruk hingga tidak boleh langsung buat kerja berat. Jika tidak, saya akan mudah berlaku pendarahan.

“Selepas peringkat pertama kehamilan, saya sudah okay sikit. Setiap hari saya berdoa semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan hingga bersalin nanti. Saya juga berharap anda doakan yang baik-baik untuk saya.

TOLAK TAWARAN BERLAKON

“Sejak Oktober lagi saya sudah terima banyak tawaran berlakon drama. Cuma, saya terpaksa tolak cara baik selepas tahu saya hamil.

“Ditambah pula dengan keadaan dan kesihatan yang tidak menentu ketika itu sukar untuk saya memberikan sepenuh komitmen. Saya tak nak menyusahkan kru dan pelakon lain. Ketika kehamilan pertama, saya sangat aktif.

“Apa pun, saya nak berterima kasih kepada penerbit dan stesen TV yang masih percayakan bakat saya. Jadi, dakwaan saya tidak ada tawaran berlakon seperti dilaporkan baru-baru ini adalah tidak benar. Saya tak nak beritahu perkara sebenar sebab usia kandungan masih awal.

BOLEH BERLAKON TELEFILEM

“Insya-Allah, kalau kesihatan saya mengizinkan mungkin boleh berlakon telefilem dulu. Sebab ia tak ambil masa panjang. Selepas itu, kena tunggu hingga habis bersalin dan berpantang.

TENTANG JANTINA ANAK

“Saya dan suami tidak kisah mengenai jantina anak. Asal saja, bayi yang bakal lahir sempurna dan sihat.

“Saya sentiasa percaya kepada ketentuan dan rezeki Allah. Pada tahap sekarang, saya tidak mahu lagi ambil peduli cakap-cakap orang.

“Apa yang penting, saya ada suami dan kedua belah keluarga yang sentiasa menyokong. Malah, fokus saya juga pada mereka dan membesarkan anak-anak.

Apapun, semoga Izreen Azminda dan suami sentiasa dipermudahkan urusannya sepanjang kehamilannya itu.

Izreen Azminda sebelum ini mempunyai seorang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Ude Wahid pula mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan dengan bekas isteri, Intan Liana.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here