“Saya jadi trauma.. marah sangat.. dia cabar kesabaran saya!” – Shiha Zikir

Kalau bab hutang memang akan ada yang liat nak bayar walhal ketika mula-mula nak berhutang punyalah manis mulut kata nak bayar. Itulah yang terjadi kepada penyanyi Shiha Zikir.

Shiha memberitahu dia serik untuk beri pinjam wang kepada orang lain terutama dalam kalangan rakan-rakannya kerana selalu kena tipu.

Penyanyi berusia 31 tahun ini, berkata, telah berlaku satu insiden yang telah menyebabkan dia lebih berhati-hati kerana tidak mahu wang menjadi penyebab hubungan persahabatan yang terjalin musnah.

“Saya jadi trauma dan serik nak beri orang pinjam duit lebih-lebih lagi mereka itu saya kenal rapat. Bukan kedekut atau berlagak tapi saya tak mahu perkara itu akan merosakkan hubungan baik kami”

Shiha mengulas tentang kejadian dia menjadi mangsa penipuan individu dikenalinya sehingga terpaksa menanggung kerugian puluhan ribu ringgit.

Dalam pada itu, Shiha berkata, untuk mengelakkan dia terus ditipu terutamanya oleh kenalan sendiri, dia lebih rela membantu seperti mengeluarkan modal untuk sesuatu bisnes.

“Kalau mereka tiada duit saya boleh bantu tapi bukan pinjam. Saya juga lebih suka mereka jadikan saya rakan kongsi untuk memulakan sesuatu bisnes,”

Berkata lanjut tentang insiden ditipu tersebut, Shiha berkata, dia masih menunggu individu berkenaan tampil menjelaskan hutang berkenaan.

Tambah Shiha lagi, jika individu itu masih berdegil, dia tak akan teragak-agak untuk dedahkan wajah dan maklumat terperinci mengenainya di laman media sosial.

“Saya marah sangat dan tidak ada cara lain selain muat naik di media sosial kerana saya tahu dia baca… Penat mesej dan telefon tidak dibalas, saya cuba cari keluarga pun tidak membantu.

“Bila saya buat macam itu dia ada datang minta maaf dan janji untuk bayar tapi sekarang tak bayar dan hilang lagi. Dia betul-betul mahu menguji kesabaran saya,”

Kesian Shiha Zikir kena tipu macam tu walhal niat baik nak tolong orang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here