“Saya harapkan bakal isteri jaga kerjaya saya, bukan menjahanamkan” – Zul Ariffin

Kini dah beberapa kali gagal dalam hubungan cinta, pelakon berbadan sasa Zul Ariffin tidak berputus asa untuk mencari cinta sejati dan membina keluarga sendiri suatu hari nanti.

Sebelum ini, Zul Ariffin sering dikaitkan dengan seorang gadis bernama Tanya Glembotska dari negara Ukraine, setelah putus dengan pelakon Zahirah Macwilson, namun Zul telah pun menafikannya.

Nama sedang berada di kemuncak, memang ramai yang nak tahu kisah peribadi Zul Arifin terutama dari segi hubungan istimewa dengan seorang wanita.

Dalam pada itu, apabila ditanya tentang perkahwinan, Zul sebenarnya ada menyimpan angan-angan untuk majlis akad nikah di Mekah atau Madinah.

Zul menjelaskan tentang perkahwinan, jika perkara ini berlaku, dia akan war-warkan kepada umum dan taka akan sembunyikannya.

Ini komen Zul Ariffin:

“Saya berangan-angan mahu bernikah di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Saya pernah bertanya kepada beberapa teman mengenai prosedur pernikahan di Makkah atau Madinah.

“Bagaimanapun, sekadar bertanya untuk membuat persiapan. Jangan bimbang, saya tidak akan kahwin sorok-sorok apabila sudah tiba jodoh. Saya mahu bernikah di Tanah Suci, tetapi majlis resepsi tetap diadakan di Malaysia selepas pulang.

“Besar harapan saya dapat membawa bakal isteri dan keluarga menunaikan umrah bersama-sama,”

Di saat ini, Zul akui dia tak ada lagi merancang untuk berkahwin, namun Zul tetap berharap, bakal isterinya dikalangan gadis biasa yang mampu menjaganya dengan baik dan juga kerjayanya.

Ini pendedahan Zul Ariffin:

“Dulu, saya ingat dapat berkahwin dengan seseorang. Buat rancangan macam-macam tetapi tidak menjadi.

“Kali ini, saya mahu pilih gadis biasa. Saya tidak kisah sama ada bekerjaya atau tidak, asalkan dapat menjaga saya sebaiknya. Saya juga mengharapkan bakal isteri menjaga kerjaya saya, bukan menjahanamkan,”

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here