Adik kepada Rozuita Chw Wan iaitu Ayu Raudhah kini sedang hamil. Namun ada komen negatif yang dilemparkan kerana jarak anak yang terlalu dekat.
Isteri kepada Zaquan Adha ini berkata dia tidak membaca dan terkesan dengan komen-komen negatif netizen terhadap kandungannya yang kini sudah berusia enam bulan.
Ayu Raudhah berkata, walaupun ada pelbagai pendapat dari para netizen berkaitan kehamilannya, namun dia sudah mendapat nasihat daripada doktor oakar yang lebih arif tentang hal berkenaan.
Pelakon ini diminta mengulas tentang komen-komen netizen yang mempersoalkan keadaan rahimn ya selepas anak terakhirnya sebelum ini belum pun umurnya setahun dan kini Ayu Raudhah disahkan hamil sekali lagi.
Dalam pada itu, Ayu berkata, apa yang lebih penting ialah sokongan daripada keluarga dan orang sekeliling.
“Saya percaya semua orang ada pendapat masing-masing dan tidak semua orang suka kita. Tapi yang penting kita tahu apa yang kita buat. Tidak perlu dengan kata negatif, saya sudah berjumpa doktor profesional yang lebih tahu dan memberi nasihat dalam hal ini”
“Netizen suka pandang dari sudut yang lain, tidak apalah maafkan sahaja mereka. Bagi saya yang penting dapat sokongan daripada keluarga dan orang sekeliling kita”
Sementara itu, Ayu yang dijangka melahirkan cahaya mata pada Februari depan mengakui tidak terlalu berharap tentang jantina anak keempatnya itu.
“Kali ini tak kisah sebab sudah ada lelaki dan perempuan. Kalau perempuan saya tidak perlu buat persiapan banyak kerana pakai sahaja kakak dia punya. Tapi kalau lelaki saya terpaksa beli dan buat persiapan lain kerana abang-abang dia sudah besar”
Ayu berkahwin dengan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, kembar kepada Aidil Zafuan pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah.
Pasangan bahagia ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser,5 tahun, Muhammad Aisy Aryann, 4 tahun, dan Laura Zulaykha, 1 tahun.