Pelakon cantik jelita, Nur Fazura berkata, dia dan suaminya iaitu Fattah Amin mempunyai perancangan untuk menimang cahaya mata walaupun ketika ini sedang sibuk dengan kerjaya seni masing-masing.
Kata Fazura, setiap perkahwinan adalah berbeza untuk setiap suami isteri dan sudah tentu setiap isteri mahu mengandungkan cahaya mata. Namun dia berkata dirinya bukannya kilang untuk hasilkan anak dan anugerah ini akan hadir bila tiba masa nya nanti.
Ini komen Fazura tentang anak:
“Apa yang saya ingin katakan pada peminat, kami bukan ‘kilang’ untuk menghasilkan anak dan apabila masanya tiba, Tuhan merestui, ia akan berlaku. Buat masa ini, sedang bersenam dan mencuba”
Jelas Fazura, dia akui ada menerima rawatan di sebuah hospital baru-baru ini. Namun dia ke hospital adalah kerana kesan alergi terhadap makanan.
“Saya tidak pernah ada ‘allergic reaction’ sebelum ini. Tiba-tiba saya ada makan sesuatu di restoran dan makan ubat, berlaku campuran kimia tersebut,” katanya.
Di sebalik menjawab isu berbadan dua, Fazura juga tampil menjelaskan wujud pihak tertentu yang bertindak mahu melakukan sabotaj terhadap dia dan Fattah Amin.
“Sebenarnya, mula-mula Fattah yang kena, mungkin ada niat nak memporak peranda perkahwinan kami. Saya tidak pasti tapi saya tahu daripada siapa dan pihak mana.
“Saya tidak boleh komen banyak cuma Allah itu Maha Berkuasa, apa saja fitnah dan cubaan untuk melakukan perkara yang boleh mencipta tanggapan pada orang lain bahawa sesuatu itu terjadi tapi sebenarnya tidak”
Ujarnya lagi, dia sebenarnya tak ambil peduli tentang perkara tersebut tapi ada peminat memberitahu perkara berkenaan kepadanya. malah ada juga pihak yang sanggup membuat akaun palsu untuk menyamar menjadi diri mereka.
“Apabila saya dapat tahu, saya bersyukur kerana Allah tunjukkan perkara yang sebenar. Fattah pernah kena dan selepas itu saya. Objektif yang mereka cuba lakukan sejak bertahun-tahun tak habis-habis lagi adalah cubaan mahu meruntuhkan rumah tangga kami.
“Saya percaya setiap perkahwinan ada dugaan dan mungkin saya rasa dalam 10 orang, ada 2 peratus iaitu pihak yang sentiasa cuba mencipta sesuatu isu yang sebenarnya langsung tidak benar untuk buat saya dengan Fattah bergaduh dan sebagainya.
“Alhamdulillah perkara itu selesai dengan cepat kerana Allah tunjuk pada saya iaitu ia terjadi apabila wujud akaun palsu yang menyamar sebagai Fattah konon dia yang bertindak”
Fazura juga menyatakan Fattah Amin sangat tenang dan penuh sabar dalam berdepan dengan situasi berkenaa dan dia sendiri berasa sangat bertuah kerana mempunyai peminat yang sangat positif.
“Saya sangat bersyukur kerana mereka sangat fokus pada saya dan Fattah saja. Sifat yakin pada diri mereka membuatkan mereka tidak fokus pada diri orang lain”
Itulah penjelasan panjang lebar dari fazura tentang isu ini.