“Saya benar-benar rasa lapang dan tenang dengan imej baru ini..” – Fathia Latiff kini sah buka tudung

Kini pelakon Fathia Latiff mengesahkan dah tidak lagi bertudung sejak beberapa hari lalu. Fathia berkata lagi, sebelum ini, dia memakai tudung bukan atas kerelaan hati sebaliknya mahu membuktikan sesuatu kepada seseorang.

Ini komennya:

“Saya rasa lebih lega sekarang. Saya enggan menipu diri sendiri lagi dan kembali menjadi diri sendiri.

“Lagipun, untuk kekal bertudung bukan satu perkara mudah,”

“Saya pakai tudung selama ini sebab orang lain. Disebabkan tidak dapat menerima kenyataan saya memilih untuk tampil berhijab.

“Bagaimanapun saya sedar yang saya tidak boleh menipu atau mengongkong diri saya.

“Jadi saya ambil keputusan untuk kembali kepada diri yang asal. Saya sudah tidak boleh bertahan lagi,”

“Ini kehidupan saya. Jadi, saya berhak atur hidup tanpa perlu orang lain menghukum.

“Sebenarnya mereka yang suka menghakimi orang lain ini tiada kehidupan. Orang kata saya mengalami tekanan sampai buka tudung adalah silap sebaliknya mereka dengki dengan kehidupan saya.

“Adakah dengan menghukum saya mereka sudah dapat tiket masuk syurga? Bagi saya semua orang sama. Setiap orang melakukan kesilapan.

“Siapa anda untuk hina dengan pilihan yang saya buat. Saya perlu masa untuk kenal diri yang sebenar.

“Saya tahu keputusan ini salah tapi ada cara untuk tegur,”

Sebelum ini, pelakon Emma Maembong membuat keputusan untuk membuka tudung dan kini giliran Fatiha Latiff turut melakukan perkara yang sama.

Jelasnya, tindakannya membuka hijab dilakukan beberapa hari lalu tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

“Saya benar-benar rasa lapang dan tenang dengan imej baru ini, apatah lagi keputusan ini datang dari diri saya sendiri.

“Apa yang penting sekarang saya boleh jadi diri sendiri dan tidak menipu diri sendiri. Saya baru perasan apa yang saya lakukan sebelum ini (berhijab) sebenarnya saya sedang kecewa dan murung,”

Dalam pada itu Fathia berkata, dia berasa dirinya tidak ikhlas dan terpaksa sepanjang tiga tabun memakai hijab.

Tambahnya, dia juga sudah bersedia untuk berdepan kecaman dan kritikan netizen terhadap imej baharu itu.

“Saya mahu cari diri saya kembali dan meneruskan hidup seperti sedia kala,”
Fathia membuat keputusan untuk berhijab penuh pada 1 April 2016.

Dalam pada itu, ketika ditemui di majlis pertunjukkan fesyen koleksi raya jenama Manimalace , Fathia menjelaskan punca dia memadam semua gambar lamanya kerana dia ingin memulakan kehidupan baharu.

“Saya tidak mahu lagi berselindung malah bagi saya apabila kita sudah mengenali diri kita yang sebenar, kita tidak takut pada sesiapa.

“Saya mengambil masa dua tahun untuk mengenali diri saya dan alhamdulillah semua dah terjawab. Saya tetap dengan pendirian saya.

“Bukan niat saya untuk mencetuskan kontroversi apabila memadam kesemua gambar saya yang berhijab sebelum ini”

Sumber: Harian Metro / mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here