“Saya belum mampu, terpaksa lepaskannya sebab tak nak ikat dia. Dia boleh ada kehidupan yang lebih baik”

Kini terjawab sudah tentang tatus pertunangan Remy Ishak yang sering menjadi tanda tanya orang ramai.

pelakon kacak ini telah mengesahkan dirinya dan Ezza Yusof sudah putus tunang dan tidak mempunyai ikatan lagi sejak sebulan yang lalu.

Remy Ishak menegaskan perpisahan itu bukan berpunca daripada kehadiran orang ketiga seperti didakwa sesetengah pihak sebelum ini akan tetapi kerana dirinya yang masih tak nampak dan belum mampu untuk berkahwin.

“Benar kami sudah putus tunang tetapi apa yang berlaku bukan salah dia (Ezza) kerana dia seorang wanita yang baik dan bukan disebabkan orang ketiga.

“Keputusan ini saya buat dengan berat hati selepas mendapati saya masih belum boleh menjadi seorang lelaki untuk menjaga orang lain dan mendirikan rumah tangga… Saya belum mampu.

“Apabila saya tidak tahu ke mana hala tuju hubungan ini jadi adalah lebih baik saya lepaskan Ezza kerana itu adalah tidak adil untuknya kerana saya tak mahu menahannya dalam hubungan itu,”

“Itu kesilapan saya apabila orang berkata saya sudah kembali single.

“Selepas dua tahun kami bertunang tapi saya tak nampak arah ke alam perkahwinan. Jadi saya terpaksa melepaskan kerana tidak mahu mengikat dia. Dia boleh ada kehidupan yang lebih baik sekiranya saya lepaskan.”

Diimbas kembali, Remy Ishak dan Ezza Yusof telah bertunang pada Mei 2017.

Status pasangan itu mula menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat apabila dia mengakui dirinya kembali solo dalam video live di Instagram miliknya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Remy berkata, dia tidak menolak kemungkinan hubungan mereka akan kembali bertaut sekiranya mempunyai jodoh pada masa hadapan.

Remy dan Ezza kini berada dalam tempoh bertenang dalam memikirkan hala tuju hubungan mereka malah dia masih belum memulangkan cincin pertunangan secara rasmi kepada keluarga pihak perempuan.

Ini jelas Remy Ishak lagi:

“Kami mungkin bukan lagi pasangan tetapi tetap berkawan baik malah masih bekerjasama sebagai rakan kongsi dalam perniagaan.

“Sekarang saya anggap tempoh bertenang dalam mencuba memperbaiki kelemahan diri yang ada.

“Selebihnya ia terlalu peribadi untuk saya kongsi kepada umum dan berilah ruang kepada kami tambahan pula banyak hati tang perlu kami jaga,”

Sumber: Media Hiburan / mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here