“Saya Bayangkan Diri Ini Seperti Keanu Reeves” – Hairul Azreen

Tangapan segelintir netizen yang menyifatkan suami kepada Hanis Zalikha yang tampil tidak berbaju menerusi satu babak filem Wira yang dikatakan sengaja mahu melariskan filem tersebut.

Namun, pelakon ini tampil menepis dakwaan yang dikatakan itu. Menurut dia lagi dia hanya menurut dan memenuhi tuntutan dalam babak yang dilakokan dalam filem tersebut dan bukanlah sebagai untuk melariskan filem itu semata-mata.

Komen Hairul Azreen lagi tentang isu tayang body sasanya:

“Maaf, saya tidak jual tubuh sasa sebaliknya mahu jual babak aksi untuk menarik penonton ke pawagam.

“Babak tidak berbaju itu dibuat untuk adegan pertarungan yang dipaparkan dalam filem ini,”

“Saya hanya ikut arahan pengarah yang mahu babak tidak berbaju bagi memantapkan jalan cerita,” katanya yang ditemui di sidang media dan tayangan filem Wira di ibu kota, petang tadi.

“Saya pernah cedera dalam filem Paskal tetapi kecederaan ketika menjayakan filem Wira paling teruk setakat ini.

“Namun, tak mengapa kerana Wira karya aksi yang saya impikan selama ini,”

“Saya bayangkan diri ini seperti Keanu Reeves yang berdiri di samping Yayan dalam filem hollywood itu.

“Yayan sangat bagus dan banyak beri tunjuk ajar ketika babak aksi. Malah, dia sangat merendah diri meski sangat terkenal,”

Dia turut mengalami kecederaan dimana ligamen kaki kanannya terkoyak semasa sesi penggambaran itu namu dia tidak berputus asa dan serik dengan apa yang berlaku.

Dia juga memberitahu bahawa dia membayangkan dirinya seperti pelakon hebat Hollywood iaitu Keanu Reeves.

Pelakon ini juga turut meluahkan rasa bangga kerana dapat berkloborasi dengan pengarah lagak ngeri terkenal Indonesia yang pernah membintangi filem John Wick, iaitu Yayan Ruhian.

Filem Wira ini akan menemui para penonton di panggung wayang tidak lama lagi pada minggu hadapan iaitu 21 November ini. Jika kalian mahu melihat tubuh badan sado Hairul serta lakonan mantapnya ayuh ke pawangam yang berdekatan nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here