“Saya bawa dia jumpa pakar” Kesian Isteri Jamal Abdillah

Penyanyi legenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah berkongsi kisah yang agak sedih terutama melibatkan isterinya. Jamal Abdillah telah mendedahkan bahawa isterinya Zai Izzati Khairuddin sudah tiga kali mengalami keguguran.

Isterinya yang berumur 24 tahun itu mula keguguran sejak setahun lebih melayari bahtera alam rumah tangga.

penyanyi lagu “Kekasih Awal Dan Akhir” ini berkata, dia kini telah pun membawa isterinya untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan pakar bagi menguatkan rahim di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

“Sehingga kini belum ada rezeki zuriat lagi kerana sudah tiga kali keguguran. Saya sudah membawa dia berjumpa pakar untuk mendapatkan rawatan dan kuatkan rahim”

Jamal mendedahkan hal berkenaan ditemui pada sidang media konsert Duo Lagenda Datuk M Nasir dan Datuk Jamal Abdillah yang bakal berlangsung pada 20 hingga 23 Disember ini di Panggung Sari Istana Budaya.

Untuk pengetahuan semua, isteri Jamal Abdillah, Izzati yang berasal dari Kulim, Kedah dan Jamal Abdillah bernikah di Ipoh, Perak pada 1 April tahun lalu.

Ini merupakan perkahwinan kali ke empat buat penyanyi lagu Azura ini. Sebelum ini, Dato Jamal Abdillah berkahwin dengan Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad.

Dalam pada itu, bercakap tentang kehidupan rumah tangga, Jamal Abdillah akui bahawa kehidupannya ketika ini dilihat sebagai lebih tenang dan lebih teratur berbanding sebelum ini.

“Seperti orang lain badan saya makin berisi, hidup lebih tenang dan semuanya teratur sahaja. Dia ada datang tapi duduk seorang-seorang kerana tiada kawan, kesian juga kalau bawa dia ke majlis hiburan kerana dia masih belum biasa”

Semoga segalanya dipermudahkan buat Dato Jamal Abdillah dan juga isterinya.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here