“Saya asal Bangi maka konservatif sikit.. Bila nampak perempuan Free Hair, saya jadi batak”

Pengacara rancagan ilmiah berjudul My Doctors, iaitu Dr Say Shazril Sharuddin kini telah menyambut ulang tahun perkahwinannya ke-5 dengan isterinya iaitu Dr Azura Abas pada 30 Mac yang lalu.

Sempena ulang tahun perkahwinan mereka, Dr Say telah menulis kisah khas saat dia memikat isterinya itu. Dr Say telah mengimbau detik-detik permulaan pengenalannya dengan isteri ketika mereka sama-sama menyambung pengajian dalam bidang perubatan untuk menjadi dokto pada tahun 2013.

Kata Dr Say, dia mula terpikat dengan Dr. Azura kerana imejnya yang tidak bertudung selain mempunyai personaliti yang menarik.

Perkenalan mereka bermula apabila kebetulan Dr. Azura mahu bertanyakan tentang tempat gym kepadanya.

Ini pendedahan dari Dr Say:

“Happy 5th Anniversary Bini Part 1

“Anyway, 1st time saya set my eyes on @azuraabas adalah pada 2013 mase di MSU sebelum fly buat medic kt India. Saya asal Bangi maka saya konservatif skit. Bile nampak perempuan free hair, saya jadi batak, semua saye nak (terus terang ja, at least sy bukan penunggang agama oops). Tak silap yg nak fly g India ade dlm 3-4org ja yg free hair tp bini saya yang berjaya menarik mata sy.

“Namun begitu, setelah berkilas-kilas pandang saya dapat merasakan yg “die ni sure ade bf dah ni & bf die sure lg hot dari aku ni” + “die ni mesti high maintenance ni tgk la muke die” + “die ni mesti anak dato’ ni, mane nak pandang aku budak Bangi ni”. Maka niat sy tuk “nak” kt die terkubur. Sy ingat nak kacau awek free hair lain yg lebih kurang level sy bile ttibe bff die msg sy ckp “beb, azura nak msg ko tanye psl gym skit”, fuuuh terus sy abaikan awek free hair B & fokus hanya pd Azura (sorry awek free hair B).

“Terus-terang saya cakap saya tak gifted bermulut manis. Kadang-kadang jeles je tgk lelaki muke suam sendu tp skali die bukak mulut awek beratur mcm terkene minyak dagu. Kalau bukan bff die msg sy, mmg bini sy xnama Azura dh kot skang. Sambung crite, memandangkan Azura nk tnye psl gym yg merupakan kepakaran sy, maka skng sy ade point yg kuat tuk tackle die. Tp rupe2ny bff die btau yg sbnrny Azura bekenan jugak skit kat sy. Waaah mase sy dgr yg die bekenan kt sy tu, girang gembira penuh bercahaya kehidupan saye. Time to make my next move, tp mcm biase Part 2 naa peeps. Nk pi celebrate sattt,”

Dr Say berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya. Dalam entri terkini, di ajuga telah menulis lagi sambungan cerita perkenalannya dengan isteri.

Sebenarnya, Dr Say telah kecewa dan hampir putus asa apabila mendapat tahu rupanya isteri dia ketika itu sudah mempunyai kekasih. Ini bahagian kedua kisah mereka.

“Happy 5th Anniversary Bini Part 2

“Maka berbekalkan ilmu workout penuh di dada + dada mase tu sedikit bidang, sy konfiden for sure lah sy akan dapat kapel ngn Azura ni. Tapi nk disusahkan cerita, rupe2ny Azura ni dah berpunya. Terduduk sy bang bile dgr die dh berpunya. “Dah tu knape die nak kat aku kalau die ade bf?” terjenak hatiku. Kini firasat ku mengatakan yg “aish die ni mesti player ni” namun lelaki ni suke cabaran. Lagi susah someone nak didapati, lagi kami degil nk go all out.

“Korek punye korek, rupeny Azura ni setia & tak liar orgnye, cuma die sejenis yg susah nak say NO (sy tau ramai kt luar sane jenis cmni). Susah nak say NO kpd bf die yg mase tu kt Msia. Xnk lukakan hati org. “Padahal aku sebelah die hati terluka sb xdapat nak kapel ngn die, die xperasan ke?” nangisku seorang diri. Tp sy tak putus asa, hari2 sy pressure die, psiko die, pujuk die tuk lepaskan yg jauh & amik yg dekat tp Azura tetap istiqamah dgn pendirian “i xtau cmne nak say NO” nye.

“30 April 2009 Azura kantoi. Sy tgh celebrate besday die bersama rakan-rakan lain bile tibe2 die dpt panggilan dari Malaysia. Die xbtau sy sape yg call tp drpd riak wajahny sy dpt tau yg “yes, my time to shine has come”. Dan betul sangkaan sy, akhirny die kantoi & akhirny barulah die hav d gut to finally say NO. Ape lg wlpn sy acah2 bersimpati untuknye, tp dlm hati girang gile vevi! Trus dgn style dak2 wechatnye, sy ajak die kapel & drpd Azura, dia kini bergelar Unny bagiku & aku Ubby baginya ahaha,” 

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur mendengar cerita dan kisah perkenalannya dengan pasangan suami isteri ini.

Dr. Say dan Dr. Azura berkahwin pada 30 Mac 2014 dan isterinya kini sedang hamil anak pertama.

Sumber: IG Dr Say

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here