“Saya akan terus berdoa kakak tidak salah dan naluri ibu tetap menyatakan kakak tidak salah walaupun satu dunia kata dia salah” demikian luah ibu kepada suspek bunuh Siti Nur Surya. Demikian luahan ibu suspek di mana anaknya merupakan anak sulung yang merupakan anak harapan keluarga.
Dipetik daripada sinar harian, Ibu suspek yang bekerja sebagai tukang cuci berkata lagi, anaknya merupakan anak yang baik kerana tidak pernah merungut dengan kemiskinan mereka walaupun suspek terpaksa menangguhkan pelajaran kerana tiada duit.
“Kakak juga pernah menolak beberapa tawaran melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana kami tidak ada duit tetapi dia tidak pernah tunjuk tanda-tanda protes malah kakak pula pujuk saya, supaya jangan rasa bersalah dengan keputusan dibuatnya.
“Dia juga tidak kisah kalau terpaksa memakai baju sekolah terpakai yang disedekahkan orang ramai dan pakaian harian yang dipakainya hari-hari pula kebanyakan baju dan tudung yang disedekahkan kepada kami. Dia tidak malu walaupun mengenakan pakaian sama sahaja,”
Menurutnya lagi, keputusan membawa anak perempuan nya itu ke balai polis bukan disebabkan dia yang memujuk namun anak perempuannya sendiri yang mengajak beliau ke balai polis.
Lepas subuh, kakak dah tunggu kat ruang tamu… dia bagi tahu nak ke balai polis.
“Saya masih ingat lagi lepas solat subuh (Isnin) iaitu kira-kira jam 6.30 pagi, kakak dah tunggu dekat ruang tamu dan lepas nampak saya siap solat, terus dia bagi tahu nak ke balai polis.
“Dia yang ajak saya tapi masa tu saya tak terfikir apa pun dan menurut sahaja ajakannya tetapi beberapa minit selepas berjumpa dengan polis, saya diberitahu yang kakak terpaksa ditahan untuk siasatan lanjut.
“Memang agak terkejut selepas dimaklumkan, saya terus bertanyakan kakak sepanjang menemaninya di balai polis sebanyak tiga kali, adakah betul kakak yang buat, tapi dia jawab tak buat dan saya tahu dia tidak menipu,”
Selain dari ibu suspek, jiran terdekat juga turut mengakui suspek merupakan seorang anak yang baik dan bukan remaja yang liar.
“Kakak bukan seorang anak remaja yang liar dan dia budak baik, dari segi pelajaran pula saya dimaklumkan memang dia seorang pelajar pintar.
“Keluarga kakak pula walaupun susah tetapi mereka tidak pernah menyusahkan jiran tetangga dan baik dengan semua orang.
“Jangan terus menghukum keluarga mereka kerana sehingga sekarang kakak masih tidak dibuktikan bersalah lagi,” – Mohd Sabri Mohd
Apapun, kita serahkan kes ini kepada pihak berkuasa untuk merungkai dan doakan yang baik baik sahaja.
Sumber: sinar harian