“Saya ada 13 orang ex.. 11 kali kena tinggalkan” – Penyanyi baru

Penyanyi baru yang sedang meningkat naik, iaitu Amir Hassan sering tapil dengan lag jiwang dan lagu cinta.

Sememangnya penyanyi ini menyifatkan dirinya amat selesa dengan lagu yang menampilkan genre berkisarkan tentang cinta dan kasih sayang.

Malah, bintang muda ini turut mengakui dia lebih serasi kala mengalunkan lagu berentak sedemikian.

Amir Haasan yang muncul dengan single terbaru bertajuk ‘Gadis Yang Ku Tunggu’ (GYKT) menambah, dia juga seorang yang romantik dan gemarkan perkara sweet bila dilamun cinta.

Ini komennya: (via Media Hiburan)

“Saya memilih lagu berkisarkan tentang cinta mungkin kerana sudah karakter saya yang merupakan seorang yang sweet dan romantik.

“Malah, saya amat suka perkara yang sweet-sweet ini”

Amir Hassan berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran single dan muzik video ‘Gadis Yang Ku Tunggu’ (GYTK) yang berlansung di Dewan Platinium Kolej Melati, Universiti Teknologi Mara, Kampus Shah Alam.

Ditanya tentang kisah cinta dirinya sebelum ini pula, ini respon yang diberikan oleh penyanyi muda berkenaan.

“Ketika ini saya masih belum bersedia untuk bercinta. Tapi sebelum ini Amir pernah ada 13 orang ex (teman wanita) dan 11 kali saya telah ditinggalkan.

Tambahnya lagi, masalah cinta yang dihadapinya sebelum ini yang kecundang di tengah jalan kerana beberapa sebab.

Antaranya ia mungkin berpunca daripada soal kematangannya bersama pasangan sebelum ini.

Sebelum ini Amir Hassan popular menerusi lagu Bicaramu yang sudah mendapat lebih satu juta tontonan di laman media sosial.

Sumber: Media Hiburan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here