Sangup Minta Keluar Wad Demi Teater

Rasa tanggungjawab serta komitmen yang perlu bagi lakonan teater Siti Di Alam Fantasi yang sedang berlangsung pementasannya semalam, Janna Nick selaku pelakon utama telah meminta pelepasan doktor untuk keluar wad bagi menjayakan persembahan tersebut.

Menurut Afeeq Abdul Wahab selaku pengurus Janna Nick semasa dihubungi berkata, pelakon ini  begitu komited untuk meneruskan persembahan disebabkan sudah lama dia membuat latihan dan juga atas beberapa syarat doktor memberi kebenaran.

Ini kenyataan dari pengurus Janna Nick:

“Janna belum boleh keluar hospital kerana keadaan dia belum pulih sepenuhnya.

“Disebabkan dia mahu meneruskan persembahan untuk teater berkenaan, selepas berbincang doktor memberi kebenaran.

“Tetapi dia hanya dibenarkan keluar untuk ke Istana Budaya membuat persembahan dan belum boleh pulang ke rumah,”

Jelas Afeeq lagi, buat masa kini pelakon ini akan keluar hospital pada jam 5.30 petang dan wajib kembali semula ke hospital pada jam 10 malam kerana masih tidak sihat sepenuhnya.

Berberapa hari lepas kecoh dengan Janna Nick yang menjadi watak utama untuk teater tersebut terpaksa dikerjakan ke wad kecemasan kerana muntah dan hampir pengsan lalu ditahan wad akibat jangkitan bakteria selepas mengalami demam panas sejak beberapa hari lepas.

Antara barisan pelakon yang akan turut serta dengan Janna Nick dalam teater Siti Di Alam Fantasi ialah, Johan Raja Lawak, Abam Bocey, Issey Fazlisham, Fizo Omar, Datin Paduka Umie Aida, Datuk Ziela Jalil, Erma Fatima, Ozlynn Waty dan Isma Halil.

Baru-baru ini juga teman lelaki Janna Nick iaitu Dini juga telah mengesahkan bahawa teman wanitanya itu telah ditahan wad akibat daripada jangkitan sinus.

Persembahan teater ini mengisahkan tentang dunia khayalan seorang gadis cantik tetapi penuh dengan sifat sombong.

Sedang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur sekarang dan  ia akan dipentaskan hingga 26 November ini. Jadi siapa yang mahu menyaksikan Janna Nick silalah datang ye.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here